• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Lelaki Didakwa Anggotai Kumpulan Geng 08′

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 18 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ yang dipercayai aktif melakukan jenayah serius termasuk bunuh dan samun di sekitar ibu negara sejak tiga tahun lepas.

Mereka ialah R.Nagarajan, R.Ganesh, K.Ron Raniel, K.Baramuruli, V. Anith Kumar, P. Sharveswaran, R. Alagendran Pillai, S. Kanagadran, M. Satish Varman, S. Shashi Kumar, G. Thiagu, S. Pandian, C. Navin Naidu, M. Neriendran, V. Shasi Kumar, B. Seleveraj, M. Parwin dan L. Pravin Kumar, yang berusia antara 19 dan 38 tahun.

Mereka dituduh menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ di sini antara 1 Jan 2015 dan 8 April tahun ini mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin, kesemua tertuduh mengangguk sebagai tanda faham.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka juga tidak dibenarkan diikat jamin kerana ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak boleh dijamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala 11 daripada 18 tertuduh diwakili peguam Najib Zakaria, K.Komagan, Yeoh Siang Thing, Harpal Singh, M. Yoshini, K.Muralidharan dan S. Narasimhan dan selebihnya tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, suasana di luar dan dalam bilik bicara mahkamah dikawal ketat oleh sepasukan anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman yang lengkap memakai topeng dan meletakkan pita kuning polis bagi mengawal keselamatan selain beberapa anggota keluarga setiap tertuduh dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

Ketika prosiding, mahkamah agak kecoh apabila beberapa tertuduh mahu bercakap dan memberitahu mereka tidak terlibat dengan kongsi gelap selain mengatakan siapa yang mahu menjaga anak dan isteri mereka apabila mereka berada di penjara sebelum ditenangkan anggota polis.

Media sebelum ini melaporkan bahawa polis menerusi Op Capital dari 28 hingga 30 Mac lalu telah menahan anggota-anggota kongsi gelap ‘Geng 08’ serta memburu beberapa orang lagi kerana didakwa terbabit dalam jenayah terancang dan serius seperti bunuh, peras ugut, pengubahan wang haram dan samun. — BERNAMA

Tags: Didakwa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohamad, KJ Dan Shaziman Kekal Tanding Kerusi Sama

Next Post

PRU14: Muka Baharu Dominasi Calon BN Selangor

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

Next Post

PRU14: Muka Baharu Dominasi Calon BN Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd