KUALA LUMPUR – Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum di politeknik seluruh negara.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu kenyataan hari ini berkata penawaran biasiswa itu bermula awal tahun ini.
“Penawaran biasiswa ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari politeknik melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam,” katanya. – BERNAMA