• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Kesihatan Mental

oleh Haris
29/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kanak-kanak yang membesar pasti sudah banyak kali dinasihatkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran malah kebaikan mengambinya sudah beberapa kali diberitahu kepada anda.

Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan di dalam jurnal akademik Frontiers in Psychology isu April, cara anda sediakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum menjamu selera memainkan peranan penting terhadap kesihatan mental anda.

Para penyelidik dari Universiti Otago, New Zealand mendapati bahawa individu yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, kurang mengalami masalah kemurungan, akan sentiasa berada dalam mood yang positif, serta mempunyai kepuasan hidup yang lebih besar.

Kata kuncinya di sini adalah ‘mentah’. Para pengkaji juga mendapati bahawa orang yang lebih suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses (dimasak atau dalam tin), menampilkan mood yang positif, namun tidak mengurangkan kemurungan atau memberikan kepuasan hidup.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana mereka mendapat kesimpulan berkenaan. Pertama sekali, para penyelidik ini melakukan kaji selidik ke atas 422 orang dewasa yang yang terdiri daripada warga Amerika Syarikat dan New Zealand.

Penyelidik kemudiannya meminta para peserta memberikan maklumat pemakanan mereka yang melibatkan buah dan sayuran mentah, dan juga yang telah diproses. Para peserta juga diminta untuk mengisi skala yang mengukur positif dan negatif kesihatan mental mereka.

Malah, mereka juga diminta untuk melaporkan gaya hidup serta informasi demografik mereka seperti status sosio-ekonomi, aktiviti sukan, tabiat merokok, indeks jisim badan (BMI) dan penggunaan alkohol kepada penyelidik.

Dengan menggunakan model statistik canggih yang membezakan gaya hidup dan perbezaan demografi antara responden, penyelidik berjaya mengasingkan kesan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesihatan mental.

Menariknya, kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan buah dan sayuran yang mentah menyaksikan pengurangan kepada gejala kemurungan, mood yang lebih positif, dan kepuasan hidup.

Manakala, kajian tersebut juga memutuskan bahawa pengambilan buah dan sayuran yang telah diproses hanya menjadikan mood seseorang itu lebih positif.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses akan membawa kemudaratan kepada diri, sebaliknya, ianya tidak memperikan impak yang banyak kepada kesihatan mental seperti yang diberikan buah dan sayuran mentah.

Dalam pada itu, para penyelidik dari unversiti berkenaan turut mengkaji makanan mentah yang baik untuk kesihatan mental. Menerusi dapatan itu, 10 makanan mentah yang boleh membantu kesihatan mental adalah:

1. Lobak

2. Pisang

3.  Epal

4. Sayuran Berdaun Gelap Seperti Bayam

5. Limau Gedang (Grapefruit)

6. Daun Salad (Lettuce)

7. Buah-Buahan Sitrus

8. Beri Segar

9. Timun

10. Buah Kiwi

Kajian terbaharu ini menunjukkan kelebihan mengambil buah-buahan dan sayuran ini secara mentah. Apa kata anda cuba dapatkan makanan-makanan ini di pasaraya terdekat. Mungkin anda juga akan merasai kesihatan mental yang lebih baik selepas ini. – Psychology Today/MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Buah-BuahanKesihatan Mentalsayur-sayuran
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

Keluarga Perlu Peka Soal Kesihatan Mental – Permaisuri Johor

25/10/2021
0

JOHOR BAHRU - Kesedaran soal kesihatan mental perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat khususnya ahli keluarga agar dapat dikesan lebih awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd