• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zon Pencarian Kru Kapal Diperluas 560 Batu Nautika

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Kawasan pencarian bagi mengesan baki sembilan lagi kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang masih hilang selepas kapal itu terbalik pada 21 Mac lepas diperluaskan sehingga 560 batu nautika pada hari ini berbanding 400 batu nautika semalam.

Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Maritim Malaysia Wilayah Selatan Kapten Sanifah Yusof berkata pertambahan itu adalah bagi memungkinkan pihaknya menemukan kesemua kru berkenaan.

“Hari ini kawasan pencarian diperluaskan kepada 560 batu nautika dari perairan Batu Pahat sehingga ke perairan Pulau Besar, Melaka.

“…tetapi keanggotaan dan aset yang terlibat adalah sama iaitu seramai 250 anggota daripada pelbagai pihak serta sebanyak 11 aset yang merupakan enam bot, empat kapal dan sebuah helikopter,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sanifah berkata setakat 4 petang ini, tiada mangsa berjaya ditemukan meskipun operasi mencari dan menyelamat telah memasuki hari ketujuh.

Katanya, kerjasama dengan pihak Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia juga masih diteruskan bagi menjejaki mangsa yang berkemungkinan dibawa arus sehingga masuk ke perairan Indonesia.

Selain itu, katanya pusat operasi mencari dan menyelamat yang berpusat di Pantai Leka, Parit Jawa, Muar sebelum ini juga telah dipindahkan sepenuhnya ke Pejabat Maritim Batu Pahat bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan tetapi koordinasi operasi dilakukan melalui Maritime Rescue Sub Centre di Johor Bahru.

Ketika ditanya kemungkinan ada mangsa yang telah diselamatkan oleh kapal-kapal dagang yang melalui kawasan itu ketika kejadian, Sanifah tidak menolak kemungkinan itu.

“Laluan itu adalah laluan Selat Melaka yang sibuk. Jadi mungkin berlaku perkara itu. Namun kalau ada, pasti kapal-kapal dagang akan memaklumkan kepada kita,” katanya.

Kejadian pada 21 Mac lalu itu melibatkan seramai 18 kru kapal namun lima daripadanya ditemukan selamat dan empat mayat telah ditemukan dengan dua masih belum disahkan identiti.

Bagaimanapun, nasib sembilan kru lagi masih belum diketahui. – BERNAMA

Tags: kapal karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

04/07/2022
0

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu...

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

27/10/2020
0

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd