• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan anak-anak muda di peringkat sekolah bagi menjadi pembimbing rakan sebaya yang mampu menasihati rakan-rakan lain supaya menghindari aktiviti dadah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kader-kader itu diberi suntikan dari segi ilmu, pengetahuan mengenai kesan dadah terhadap penagihnya serta cara-cara memulihkan seseorang yang terlibat dengan dadah.

“Mereka ini juga diharapkan supaya meneruskan kerja-kerja aktivis ini hingga dewasa kelak agar dapat menggantikan lapisan pemimpin Pemadam yang ada ketika ini, pada masa depan nanti. Program ini juga merupakan projek jangka panjang. Hasilnya bukanlah dapat dilihat tempoh terdekat ini akan tetapi ia mengambil masa yang panjang dan kita akan dapat lihat kesannya nanti.

Contohnya, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, yang merupakan satu daripada sekolah yang telah berjaya memulihkan ramai pelajar sekolah daripada terlibat dengan kancah dadah yang akhirnya mereka ini dilatih semula kembali kepada masyarakat sebagai insan yang berguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Zero to Hero’ di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pemadam berkata program itu menumpukan kepada gerak kerja bagi meluaskan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah di sekolah.

Selain itu, program oleh Pemadam itu juga boleh membantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ) dalam menyedarkan pelajar-pelajar tentang bahaya penggunaan dadah.

Nur Jazlan menegaskan trend penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan kerana sindiket pengedaran dadah sentiasa mencari pasaran baharu di kalangan anak-anak muda yang berpotensi menjadi pelanggan jangka masa panjang.

Beliau berkata pelajar sekolah kini kebanyakannya terjebak dengan dadah jenis bahan psikoaktif baharu (NPS ) kerana ia sukar dikesan di dalam badan.

“ Kebiasaannya NPS berbentuk kecil seperti pil dan tiada bau selain mudah hilang dalam sistem badan dalam tempoh satu hingga dua hari,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Agung Pemadam Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir dan Bendahari Kehormat Pemadam Datuk Ahmad Fauzi Zahari. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mat Komando: Ingin Terjun Semula Walau Bertulang Besi

Next Post

Perlu Lebihi Pencapaian Di Glasgow – Khairy

Related Posts

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi...

Salahuddin Tiada Sokongan Di Pulai – Nur Jazlan

18/03/2018
0

JOHOR BAHRU - Kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub yang mungkin tidak kekal bertanding di kerusi Parlimen...

Next Post

Perlu Lebihi Pencapaian Di Glasgow - Khairy

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd