• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zenith Didesak Perjelaskan Bayaran RM22 Juta

oleh AK-47
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan Consortium Zenith Construction (CZC) Sdn Bhd berhubung dakwaan RM22 juta dibayar kepada seorang ahli perniagaan dan seorang anggota Parlimen berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah menerima jawapan daripada Zenith bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu pada minggu lepas tetapi beliau tidak puas hati dengan jawapan itu.

“Mereka telah memberi jawapan kepada kami tetapi kami tidak berpuas hati dengan jawapan itu, jadi kami telah menulis kepada mereka meminta penjelasan lebih terperinci,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Lim enggan menjelaskan butiran lanjut atau isi kandungan jawapan dihantar Zenith kepada kerajaan negeri.

Dilaporkan pada bulan lepas Zenith didakwa mengeluarkan surat tuntutan terhadap ahli perniagaan dan anggota Parlimen itu selepas mereka gagal melaksanakan tugas mereka untuk memberikan khidmat konsultasi seperti dipersetujui mereka pada Julai 2017.

Projek terowong sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga lebuh raya diberikan kepada CZC.

Sementara itu, Lim berkata semua anggota Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk dirinya akan mengisytiharkan aset mereka pada 31 Mac. – BERNAMA

Tags: Ketua Menteri Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun Hasil Disatukan: Guan Eng ‘Kencing’ Lagi?

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cekap pengurusan kewangan kerana berjaya meningkatkan Akaun Hasil Disatukan sebanyak tujuh kali...

Kerajaan Guan Eng ‘Terlajak Pandai’…’Gebang’ Saja Kuat!

12/02/2018
0

GEORGETOWN - Apa nak hairan jika Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dituduh cuba main politik cincang sampai lumat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd