• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusri Che Lah Tagih Sentuhan Gol Do Dong Hyun

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pemangku Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah menagih sentuhan gol daripada pemain import Do Dong Hyun ketika pertemuan Liga Super menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Selangor malam esok.

Selain mengharapkan sumbangan daripada empat lagi pemain import, beliau mahu pemain import dari Korea Selantan (Do Dong Hyun) itu mengulangi jaringan yang dilakukan oleh pemain terbabit ketika membantu pasukan Kelantan menewaskan Perak pada bulan lepas.

“Dong Hyun mempunyai ketajaman untuk menyudah dan kelebihan itu sangat penting kepada pasukan apabila berdepan pasukan berkualiti seperti PKNS FC terutamanya bermain di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada perlawanan lalu jaringan hatrik pemain import itu berjaya membantu pasukan Kelantan meraih kemenangan pertama selepas empat perlawanan dilalui.

Jurulatih kelahiran Perlis itu berkata beliau juga mempunyai ramuan tersendiri bagi melakar kemenangan pertama di tempat lawan musim ini malam esok.

​​​​​​​”Kita akan merencanakan sesuatu bagi memerangkap pasukan lawan malam esok untuk memperoleh mata bagi mengubah kedudukan pasukan pada carta Liga Super.

“Jadi saya harap pemain cuba bermain penuh semangat kerana pasukan PKNS FC juga mempunyai ramuan sendiri untuk mengecewakan kami malam esok,” katanya.

Sementara itu Ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi mahu rakan sepasukan terus mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

“Berdepan PKNS FC bukan tugas mudah namun mereka (rakan sepasukan) tidak perlu gentar kerana pasukan kita juga mempunyai kelebihan dan strategi untuk memberikan saingan pada malam esok, kita (pemain) perlu bekerja lebih keras untuk perlawanan itu,” katanya.

Selepas empat perlawanan, Kelantan kini berada di kedudukan ke-10 dengan memperoleh empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kalah. – BERNAMA

Tags: Pemangku Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sejak Popular, Syafiq Jumpa Balik Kawan Lama

Next Post

Jenama Nasi Kak Wook Diciplak Di Luar Kelantan

Related Posts

Yusri Che Lah Ganti Fajr Ibrahim Bimbing Kelantan

05/06/2018
0

KOTA BHARU - Penolong jurulatih Kelantan Yusri Che Lah sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk membimbing The Red Warriors (TRW) selepas...

Next Post

Jenama Nasi Kak Wook Diciplak Di Luar Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd