• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yogi, Anjing ‘Wajah Manusia’ Jadi Selebriti Internet

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APABILA Chantal Desjardins memuat naik foto anjing peliharaannya, Yogi, ke media sosial, dia tidak menjangka haiwan itu akan menjadi popular serta-merta!

Ini kerana, Yogi dikatakan mempunyai rupa yang saling tak tumpah seperti wajah manusia, sehinggakan rakan-rakan Chantal beranggapan wanita itu menyunting wajah anjing itu menggunakan Photoshop atau aplikasi suntingan foto lain.

Malah, ada yang turut menganggap Chantal menggunakan aplikasi pertukaran wajah Face Swap terhadap Yogi, namun dinafikan olehnya.

Pada awalnya, Chantal tidak nampak apa-apa yang pelik apabila rakan-rakannya mengatakan dia menggunakan teknik manipulasi terhadap anjing kesayangannya itu, namun setelah diteliti, barulah dia faham mengapa.

Dengan sepasang mata yang menawan, ‘kening’ lebat, ‘misai’ yang kemas dan muncung yang menyerupai mulut manusia, Yogi sememangnya mempunyai rupa yang seiras manusia.

Sementara rata-rata netizen menganggap Yogi teramat comel, ada juga yang merasakan haiwan itu agak menakutkan.

Gambar-gambar Yogi yang dimuat naik ke dalam Facebook milik Chantal itu begitu popular sehingga tersebar ke laman-laman web lain seperti Reddit, Tumblr dan Twitter, di mana Yogi menjadi semakin terkenal.

Malah, ada juga netizen yang ‘nakal’ menyamakan Yogi dengan wajah selebriti-selebriti Hollywood seperti Nicholas Cage, Jake Gyllenhaal dan Ed Sheeran.

Ramai yang berpendapat wajah Yogi sama seperti manusia kerana bulu di bahagian matanya yang menyerupai kening. “Apa yang membezakan wajah haiwan dengan manusia kan adalah kening,” kata seorang netizen di Reddit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anak anjingisu viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

Sunway Square Mall Buat U-turn : Haiwan Peliharaan Lagi Tidak Dibenarkan Dalam Kawasan Premis Tertutup

Sunway Square Mall Buat U-turn : Haiwan Peliharaan Lagi Tidak Dibenarkan Dalam Kawasan Premis Tertutup

18/12/2025
0

PETALING JAYA: Sunway Square Mall mengumumkan kemas kini polisi haiwan peliharaan berkuat kuasa serta-merta susulan arahan kerajaan negeri Selangor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd