• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow! Siti Nurhaliza Lancar Apps Sendiri

oleh AK-47
26/03/2018
dalam Artis, Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM keadaan yang masih berpantang selepas melahirkan bayi, nampaknya penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza tidak tunggu lama untuk memberi kejutan baharu kepada jutaan peminatnya.

Ibu berusia 39 tahun itu baru-baru ini sempat melancarkan aplikasi peribadi sendiri yang dinamakan Siti Nurhaliza Official App, sekali gus menjadikan dirinya artis tempatan pertama yang memiliki aplikasi sendiri di telefon pintar.

Penyanyi kelahiran Pahang itu yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada Isnin minggu lalu dilaporkan melancarkan aplikasi itu semalam dan perkara itu dikongsi menerusi status di Instagramnya.

Assalamualaikum semua. Hari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya dan juga gambar-gambar serta video-video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja. Dalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada exclusive content untuk anda di aplikasi saya ini. Anda boleh download Siti Nurhaliza Official App di Google Playstore dan Apple App Store. 2. Anda akan mendapat 3000 Stars percuma untuk purchase exclusive content. 3. Sebagai peringatan, bahan-bahan yang terdapat di dalam aplikasi ini mempunyai watermark logo Selklik dan juga alamat emel pengguna (anda). Jika ada di antara anda yang berkongsi content dari Siti Nurhaliza Official App, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda dan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan. Jika anda download aplikasi ini, exclusive content saya menjadi exclusive content simpanan anda juga. Boleh baca lanjut tentang aplikasi ini setelah anda download nanti. Apa tunggu lagi, download sekarang ya. Terima kasih. #selklikmy #sitinurhalizaofficialapp #SNOA #CTapp

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Mar 24, 2018 at 4:01am PDT

“Assalamualaikum semua. Hari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya dan juga gambar serta video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja.

“Dalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada exclusive content untuk anda di aplikasi saya ini,” umumnya di Instagram (IG).

Difahamkan, aplikasi unik itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.

Tambah menarik, para peminat yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat 3,000 ‘stars‘ percuma untuk pembelian bahan kandungan eksklusif.

Namun perkongsian secara eksklusif dari Siti ini tidak boleh diguna pakai oleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya di mana setiap kandunganya mempunyai ‘watermark’ logo Selklik .

“Sebagai peringatan, bahan-bahan yang terdapat di dalam aplikasi ini mempunyai watermark logo Selklik dan juga alamat emel pengguna (anda).

“Jika ada di antara anda yang berkongsi content dari Siti Nurhaliza Official App, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda dan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan,” kongsinya lagi.

Haa, kalau anda nak tahu sendiri apa kandungan menarik yang ada lagi dalam aplikasi ini, kenalah dapatkan sekarang dengan muat turun di Google Playstore dan Apple App Store. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aplikasiDatuk Seri Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PPBM Sah Bakal Berkubur Akhir Bulan Ini!

Next Post

Sambut Hari Lahir Ke-72, Bagi 1,000 Aiskrim Percuma

Related Posts

Selepas Serang Najib, Rafizi “Promote” Aplikasi

09/04/2022
0

Pujian harus diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana bijak mengambil peluang. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Bijak mengambil kesempatan mempromosikan...

Aplikasi ‘Rain Alarm’ Alternatif Bantu Pantau Ramalan Cuaca – Polis

25/02/2022
0

KUALA KRAI : Aplikasi cuaca 'Rain Alarm' - yang memberi amaran jika hujan menghampiri lingkungan lokasi yang ditetapkan - menjadi...

Next Post

Sambut Hari Lahir Ke-72, Bagi 1,000 Aiskrim Percuma

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd