• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow! Resepi Durian Goreng Telur Ahmad Maslan

oleh AK-47
19/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JARANG sekali kita lihat golongan ahli-ahli politik gemar berkongsikan hobi dan minat mereka di laman sosial.

Kalau ada pun, tidak ramai juga yang menggemari hobi memasak seperti mana yang disukai Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan.

Jika sebelum ini beliau pernah berkongsikan pelbagai resipi ‘unik’ seperti nasi goreng tanpa GST dan ayam goreng terung pipit yang nampak menyelerakan, kini Ahmad Maslan kembali ‘mengganas’ dengan resepi terbaharunya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, ketua bahagian UMNO Pontian itu memuat naik resepi baharu yang dinamakan Durian Goreng Telur.

Menurut beliau, resepi unik ini direka sendiri olehnya dan amat sesuai dimakan bersama roti pada waktu petang.

“Durian goreng telur – campur bawang meraj, bawang putih, ikan bilis, cili merah yang ditumbuk guna lesing.

“Isi durian campur telur. Digoreng guna minyak masak kelapa sawit. Makan dengan roti. Lazat, sesuait untuk minum petang,” tulisnya.

Ternyata posting bukan bersifat politik itu berjaya menarik perhatian pengguna media sosial apabila menerima lebih daripada 800 retweet dan sejak dimuat naik pada Ahad.

Namun seperti biasa, menu yang diperkongsikan itu mendapat respon negatif daripada kalangan netizen dek kerana menggunakan raja buah sebagai salah satu bahan utama dalam masakannya itu.

Rata-ratanya beranggapan Ahmad Maslan seakan-akan cuba memperlekehkan durian lebih-lebih lagi dengan harga buah tersebut yang semakin mahal.

“Hello polis, saya nak buat aduan ada orang rosak kan menu durian 👮💢,” tulis pengguna bernama @najwamohdyusoff.

@FahmiRazak pula menulis, “Datuk, pada pandangan saya rasanya eloklah durian yang mahal harganya itu dimakan begitu sahaja tanpa dicampur telur.” 

Tidak setakat itu, gabungan menu bahan yang agak pelik itu turut membuatkan segelintir netizen kembang tekak membayangkan rasanya lebih-lebih lagi apabila dicampur dengan raja buah.

“Tolong Datuk Ahmad Maslan jangan dihina durian sedemikian rupa, leave that durian alone!” kata @lilraineyz.

Pun begitu, di sebalik kritikan yang diterima masih ada segelintir yang teruja untuk mencuba resepi hebat tersebut.

Malah ada yang mendakwa resepi berkenaan hanya boleh dihasilkan oleh individu yang betul-betul kreatif dan berbakat dalam bidang masakan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahmad MaslanDURIAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Pengoperasian PGU PDRM Dipindahkan

Next Post

Pelajar Kolej Dijel, Denda Curi Beg, Selipar, Baju

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

Pelajar Kolej Dijel, Denda Curi Beg, Selipar, Baju

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd