• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Saman RM5.86 Juta Terkena Payudara Mak Nyah

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita di Florida, Amerika Syarikat menyaman sebuah restoran di Tampa AS$1.5 juta (RM5.86 juta) selepas mendakwa dia cedera akibat terkena payudara seorang mak nyah.

Neldin Molina berkata, dia berada di Hamburger Mary’s du Tampa pada 30 Mei 2015 kerana menyambut ulang tahun kelahiran rakannya sewaktu kemalangan itu berlaku, lapor stesen Fox 4 Now.

Kata mangsa tersebut, dia pertama kali mahu menikmati hidangan makan malam di restoran tersebut.

Molina mendakwa dia sedang makan ketika insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 8.45 malam, alunan muzik pun bermula dan pelanggan turut bertepuk tangan selepas pengumuman persembahan ratu mak nyah dibuat.

Menurut laporan akhbar tempatan Orlando Sentinel, restoran berkenaan cukup popular dengan persembahan mak nyah setempat.

Selepas beberapa ketika, Molina mendakwa penghibur, Amanda D’Hod datang ke mejanya, tetapi Molina mengendahkan D’Hod.

Kemudian, penari tersebut berpatah balik, ‘menyambar’ kepalanya dan ‘mengoyang-goyangkan’ payudaranya ke wajah dan kepala plaintif sebanyak lapan kali.

Selepas insiden itu, Molina membuat aduan kepada pengurus restoran mendakwa dia mengalami sakit yang ‘mengazabkan’.

Dia juga mendakwa telah pergi ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan sakit kepala tidak boleh kawal dan kesakitan serviks yang teruk.

Jumlah saman yang dikemukakan itu adalah bagi membiayai kos perubatan lampau, semasa dan akan datang, termasuk kesakitan yang dialami secara fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya.

Aduan tersebut turut mendakwa pihak restoran gagal memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang risiko bahaya yang mungkin dihadapi ketika makan di restoran itu. – Foxnews/mStar Online

Tags: Mak Nyahsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ancaman Serius Berita Palsu Didalangi Media Asing

Next Post

Hutang Terurus, Tohmahan Pembangkang Tiada Asas

Related Posts

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Next Post

Hutang Terurus, Tohmahan Pembangkang Tiada Asas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd