• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vivian Ada Niat Terbit Posting Persenda Agama Islam

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Vivian Lee, bekas teman wanita blogger Alvin Tan, mempunyai niat untuk menerbitkan satu penerbitan menghasut yang mempersendakan agama Islam di laman Facebook mereka, lima tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah perkara itu dibuktikan menerusi afidavit jawapan yang telah dibuat dan diikrarkan Vivian atau nama sebenarnya Lee May Ling dan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee.

“Afidavit itu bukanlah dibuat oleh seorang saksi yang telah mati atau gagal dikesan dan afidavit berkenaan turut digunakan dalam prosiding perbicaraan kes tersebut,” hujahnya.

Wan Shaharuddin juga berhujah dalam afidavit berkenaan, Lee turut mengakui dia membuat posting itu, yang didakwa mengandungi perkataan-perkataan yang berkecenderungan menghasut, dan mempunyai niat bersama Tan untuk menerbitkan posting berkenaan.

“Saya merayu kepada mahkamah untuk mengetepikan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu serta memohon hukuman penjara setahun dikenakan terhadap Lee,” katanya.

Sementara itu, peguam Chong Joo Tian mewakili Lee, yang turut hadir pada prosiding hari ini berhujah anak guamnya tidak mempunyai niat bersama bekas teman lelakinya untuk menerbitkan posting berkenaan dan wanita itu juga menafikan dia menerbitkan posting tersebut dalam Facebook mereka.

“Saya memohon agar mahkamah ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini dan sekiranya rayuan terhadap sabitan gagal, saya mohon anak guam saya dikenakan hukuman denda berbanding penjara,” katanya.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak kemudiannya menetapkan 10 April untuk keputusan rayuan kedua-dua pihak.

Lee merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 27 Mei 2016 yang menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan 22 hari selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah itu membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara rayuan Lee didengar di Mahkamah Tinggi.

Lee dan bekas teman lelakinya itu didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut iaitu gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan!!!)’ yang mengandungi logo halal di laman Facebook mereka iaitu “Alvin dan Vivian-Alvivi”.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi, 13 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Vivian Lee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7,000 Kasut Disusun Tanda Protes Di AS

Next Post

Empat Terowong Jepun Bakal Dibangunkan

Related Posts

Persenda Islam: Rayuan Vivian Lee Didengar 11 Mei

01/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 11 Mei rayuan bekas teman wanita blogger Alvin Tan terhadap...

Dipenjara 6 Bulan Kerana Ajak Iftar Dengan ‘Bak Kut Teh’

27/05/2016
0

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara ke atas Vivian Lee selepas disabitkan kesalahan bawah Akta Hasutan 1948. Vivian...

Next Post

Empat Terowong Jepun Bakal Dibangunkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd