• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tergamak Belasah Ibu Sendiri…

oleh AK-47
25/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang anak layak digelar ‘si tanggang’ kerana bukan sahaja tergamak memukul ibunya, malah lebih kejam turut menampar mangsa secara bertubi-tubi.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah rumah di bandar Chande, China selepas suspek dikatakan tidak tahan dengan sikap degil ibunya yang sering menyepahkan rumah.

Menerusi rakaman video yang kini tular di laman Weibo, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Peng dilihat menarik dan menyepak kepala ibunya berkali-kali, biarpun pada mulanya wanita itu tidak melawan.

Mangsa yang dikenali sabagai Zhang, 90, kemudian cuba mengasaknya dengan memberi tendangan namun ia nyata tidak menghentikan perbuatan suspek.

Susulan tersebarnya video rakaman, Peng telah ditahan polis dan dia turut mengaku menyerang ibunya kira-kira jam 11 pagi pada 22 Mac lalu.

Menurutnya, ibunya sering membuatkannya marah kerana gemar ‘menghilangkan diri’ dengan bersembunyi di dalam rumah itu memaksanya membuang masa mencarinya.

Peng berkata, ibunya juga sering menyepahkan rumah walaupun sudah berulang kali ditegur secara baik dan pada hari kejadian dia hilang sabar menyebabkannya memukul wanita itu.

Insiden itu turut mencetuskan kemarahan netizen tempatan sehingga terdapat laporan yang mengatakan segelintir pihak ingin ‘bersemuka’ dengan Peng bagi memberikannya pengajaran atas perbuatannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinaIbutanggang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd