• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Velodrom Azizulhasni Awang Cungkil Bakat Pelapis

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Pembinaan Kompleks Velodrom Daerah Dungun di Balai Besar, di sini, bakal menjadi medan mencungkil bakat lebih ramai anak Terengganu dalam sukan berbasikal bertaraf dunia seperti bekas juara dunia acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau mahu ia dimanfaatkan sepenuhnya hingga daerah Dungun diletakkan dalam peta dunia sebagai tempat lahirnya jaguh dunia.

Beliau berkata apabila velodrom itu siap, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan membekalkan basikal kepada pada anak-anak muda yang berpotensi dalam sukan berbasikal supaya mereka mudah berlatih di velodrom berkenaan.

“Saya tidak mahu velodrom ini menjadi projek Gajah Putih tetapi gunakanlah ia sebagai tempat mencungkil bakat anak tempatan. Kalau kita boleh lahirkan Azizul anak jati Dungun, kita harap kalangan anak-anak tempatan ini akan ada seorang juara dunia pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis peletakan batu asas pembinaan velodrom itu di Perkarangan Pejabat UMNO Dungun, di sini.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Exco Belia dan Sukan Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Pada majlis itu, Khairy turut mengumumkan pemberian geran RM1 juta kepada MSNT bagi pembangunan sukan berbasikal negeri Terengganu serta menamakan velodrom berkenaan sebagai Velodrom Azizul Hasni Awang sempena kejayaan anak kelahiran Dungun itu dalam sukan berbasikal.

Sementara itu, pada sidang media di tapak velodrom, Khairy berkata velodrom yang menelan kos pembinaan RM12 juta itu dijangka siap penghujung tahun 2019.

“Pembinaan velodrom berukuran 333 meter itu akan mengikut reka bentuk velodrom di Roubaix, Perancis iaitu lokasi sukan berbasikal tersohor di dunia.

“Tender bagi lantikan kontraktor akan buka sebelum Hari Raya ini dan apabila siap nanti kementerian menaja satu perlumbaan sehari sejauh 250km yang akan berakhir di velodrom itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd