• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Dusuki Dilucut Tauliah Akibat Kritik Kerajaan PH?

oleh
23/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEGINILAH nasib pendakwah Islam di Selangor… Kononnya kepimpinan kerajaan negeri tersebut dengan bangga melaungkan kebebasan bersuara tetapi apa yang berlaku pula adalah sebaliknya!

Ironi, kisah pilu dialami Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani yang tidak disiarkan portal anti-Barisan Nasional (BN) itu mendedahkan wajah sebenar pihak pentadbiran kerajaan Selangor apabila dikritik secara terbuka meskipun berkias.

Berita sedih penceramah popular sering muncul menerusi pelbagai saluran televisyen dan stesen radio tempatan itu didedahkan laman sosial Darul Ehsan Leaks yang aktif bongkar perangai kerajaan Selangor giat tindas rakyatnya.

Menerusi sepucuk surat rasmi bertarikh 21 Mac 2018, Ustaz Ahmad Dusuki digantung tauliah oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkuat kuasa serta-merta hanya kerana aduan dan laporan disiarkan media anti-BN.

Beliau malah disiasat di bawah Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) Tahun 2008 Pindaan 2015 kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2015.

Ramai netizen tempatan dilaporkan mendakwa Ustaz Ahmad Dusuki menjadi mangsa kezaliman kerajaan Selangor memandangkan pindaan itu dilakukan pada era Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali atas tekanan pihak tertentu.

Umum mengetahui Timbalan Presiden PKR ini dilantik menjadi ketua eksekutif kerajaan negeri itu menerusi misi Langkah Kajang pada 2014 lalu setelah pihak Istana Selangor menolak senarai nama dicadangkan pelbagai parti.

Hakikatnya perkembangan syiar Islam di Selangor mulai tergugat dipermainkan akibat campur tangan politik antaranya isu suara azan, acara pesta arak waima hendak bina masjid pun mesti dapat izin komuniti minoriti bukan Islam.

Lebih malang, tindakan ‘gam’ Ustaz Ahmad Dusuki dibuat hanya berdasarkan ceramah beliau di sebuah masjid di Kampung Sungai Merab sehari sebelum itu yang bertajuk ‘Wafatnya Rasulullah Dan Para Khulafaur Rasyidin’.

Dalam program tersebut, Ustaz Ahmad Dusuki dilaporkan secara sinis menyindir ‘pedas’ kerajaan negeri termasuk ketika membacakan doa munajat yang meminta Allah SWT membalas kezaliman mereka terhadap rakyat Selangor.

Ceramah berkenaan yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Ustaz Ahmad Dusuki itu, ternyata kurang disenangi beberapa individu kerana dianggap tidak ‘bodek’ kehebatan pihak kerajaan negeri sendiri.

Ekoran penggantungan aneh pihak JAIS itu, ramai netizen bertindak melancarkan kempen terhadap beliau dengan mempopularkan ayat Solidariti untuk guru kita sehingga mendapat sokongan lebih 5,000 pengguna media sosial.

Difahamkan Ustaz Ahmad Dusuki telah pun hadir untuk memberi keterangan dan bantu siasatan kepada pihak ibu pejabat JAIS di Shah Alam hari ini dengan turut disertai ramai individu tampil hadir memberi sokongan terbuka.

Setakat ini, pihak JAIS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai apakah kandungan ceramah Ustaz Ahmad Dusuki konon didakwa sebagai melanggar peraturan yang jika sabit kesalahan boleh didenda dan dipenjara.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada diri beliau untuk meneruskan misi dakwah di bumi Selangor tanpa gentar ancaman biadab pihak tertentu yang tidak senang melihat kebangkitan nur Islam! – Mynewshub.cc/HAA

* Video ceramah kontroversi Ustaz Ahmad Dusuki…

Tags: JAISPendakwah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara berjenaka menyeru orang ramai tidak perlu terlalu risau dengan situasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd