• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Serius China Hapus Bisnes Gading Gajah

oleh
21/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAJAH adalah antara haiwan yang sering diburu dan menjadi mangsa kerakusan manusia hanya disebabkan mahu mendapatkan gadingnya yang mempunyai nilai tinggi.

Di China, perdagangan gading merupakan tradisi warisan yang sudah berlangsung ribuan tahun dan amat lazim digunakan dalam bidang perubatan tradisional khususnya.

Atas keinginan tersebut, gading gajah terpaksa diseludup dari luar negara terutamanya negara-negara Afrika yang menjadi tumpuan utama pengimportan secara haram.

Lantas, kegiatan jenayah tersebut menyebabkan jumlah populasi gajah liar di benua berkenaan telah menurun ketara sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Sebuah badan sukarela, WildAid menyatakan sekitar 30,000 gajah dibunuh oleh pemburu liar di Afrika setiap tahun dan dianggarkan hanya setengah juta gajah yang masih tersisa di benua itu.

Berikutan aktiviti itu, pemburuan gading gajah perlu dihentikan oleh negara pembeli bagi menyelamatkan nyawa hidupan liar tersebut yang kian diancam kepupusan.

Uniknya larangan kegiatan pembelian dan penjualan gading gajah secara tegas diumumkan oleh kerajaan China sendiri menerusi Kementerian Kehutanan pada hujung tahun lepas.

Sebaik sahaja larangan tersebut diumumkan, harga pasaran tempatan gading gajah turun sehingga 65 peratus yang membawa kepada penurunan jualan sebanyak 80 peratus.

Apa yang menariknya, lebih daripada 34 buah kilang dan 138 perniagaan gading gajah beroperasi secara haram telah menerima kesan akibat tindakan tegas pihak berkuasa China.

Dalam pada itu menurut portal Astro Awani, sebanyak 49 perwakilan mengundi, menyokong pindaan undang-undang sedia ada bagi pengharaman penjualan gading dalam wilayah China menjelang 2021.

Lebih membanggakan aktivis hidupan liar apabila Hong Kong yang menjadi pasaran gading gajah terbesar dunia turut bertegas bagi mengharamkan perdagangan haram tersebut.

Di bawah undang-undang baharu, hukuman denda maksimum bagi kesalahan penjualan gading dinaikkan kepada AS$1.3 juta (RM 5.089 juta), sekali ganda daripada sedia ada, dengan penjara 10 tahun, berbanding dua tahun sebelum ini.

Larangan penjualan gading gajah akan berkuat kuasa secara berperingkat sehingga 2021, selepas lesen semua peniaga terbabit akan tamat sepenuhnya.

Secara tidak langsung, larangan penjualan gading secara aktif oleh pemerintah China sendiri dilihat sebagai usaha mengawal populasi gajah daripada kian diancam. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Chinagading gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sungai Rambai Berpotensi Di Bawah Kerajaan Kini

Next Post

RM290 Juta Untuk Projek Tebatan Banjir Di Melaka

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

RM290 Juta Untuk Projek Tebatan Banjir Di Melaka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd