• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNESCO: Wartakan Silat Warisan Budaya Tidak Ketara

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) mahu UNESCO menjadikan seni silat diwartakan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara.

Setiausaha Kehormat DSSM, Maimoon Hussein berkata pihaknya telahpun menghantar permohonan kepada UNESCO (Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) bagi memastikan seni budaya berkenaan terus dipelihara dan berkembang.

DSSM juga tidak mahu seni silat menjadi milik sesebuah negara, tetapi keseluruhan kepulauan Melayu.

“Baru-baru ini DSSM dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telahpun menghantar pencalonan kepada UNESCO sebagai langkah memberi pengiktirafan dan mengangkat martabat seni budaya silat di seluruh dunia.

“Kita tidak mahu silat ini dikategorikan sebagai milik sesebuah negara kerana ia akan menjadi tidak adil kepada penggerak seni-seni silat yang lain kerana silat itu sendiri dikembangkan di kepulauan Tanah Melayu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Himpunan Seribu Srikandi Melayu ke-4 di Tanjung Balau, di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Ibrahim Saad, yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Program yang dihadiri lebih 2,000 srikandi turut mendapat pengiktirafan Malaysia Tourism Record daripada MTC kerana berjaya mengumpulkan 20 jenis perguruan silat di satu tempat.

Presiden MTC Uzaidi Udanis berkata ini merupakan perhimpunan srikandi terbesar di dalam negara yang berpotensi menarik pelancong dari luar.

“Ia selari dengan visi ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ dengan kerajaan mensasarkan untuk menarik lebih 36 juta pelancong ke dalam negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: silatUNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd