• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Kawal Penggunaan Laluan Basikal

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu undang-undang baharu perlu diwujudkan bagi mengawal selia penggunaan laluan basikal di sekitar ibu negara, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata setakat ini, penggunaan laluan basikal sepanjang 11 kilometer bernilai RM4 juta berkenaan adalah tertakhluk kepada Akta Pengangkutan Jalan sedia ada.

“Memang kita perlukan rang undang-undang untuk kawal selia penggunaan jalan basikal ini, Yang Berhormat tahu setakat ini kita memang belum ada,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang ingin tahu sama ada satu undang-undang baharu perlu diwujudkan sebelum ia dibuka secara rasmi dan adakah penggunaan laluan basikal ini hanya terhad kepada basikal jenis konvensional.

Mengulas lanjut, Loga Bala berkata setakat ini penggunaan laluan basikal berkenaan hanya dibenarkan kepada penggunaan basikal konvensional sahaja dan tidak dibuka kepada penggunaan basikal bermotor atau papan selaju.

Beliau berkata laluan basikal itu yang berkongsi dengan jalan kenderaan lain sedia ada, kini masih dalam proses pengauditan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya secara keseluruhan untuk jangka masa panjang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini dalam proses mengkaji semula laluan di Taman Rekreasi 99 Wonderland, di Selayang, yang kini mengalami kesesakan pada waktu puncak selepas taman rekreasi itu dibuka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Mac lepas.

“Kita sedang mengkaji untuk menyambung jalan di taman rekreasi ini dengan Jalan Lingkaran Tengah 2, selain menjadikan sesetengah laluan di kawasan berkenaan kepada jalan sehala,” katanya. – BERNAMA

Tags: basikalundang-undang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semak Daftar Pemilih Baharu Dalam Masa Seminggu

Next Post

Akademi Pilihan Raya Akan Diperkasa – SPR

Related Posts

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

14/06/2025
0

Kulai: Seorang penunggang basikal warga Singapura dilaporkan maut selepas terperosok di bawah treler dalam insiden dekat Jalan Gunung Pulai di...

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

13/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan...

Next Post

Akademi Pilihan Raya Akan Diperkasa - SPR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd