• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Anti-Berita Tak Benar Tak Harus Dilengahkan

oleh Ahmad Albab
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses pelaksanaan Rang Undang-undang Anti-berita Tidak Benar tidak seharusnya dilengahkan bagi mengekang lebih banyak masalah yang timbul akibat penyebaran maklumat tidak benar, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata rang undang-undang tersebut yang diluluskan Kabinet dua hari lepas adalah tepat pada masanya kerana ia mampu melindungi banyak pihak terutamanya masyarakat.

“Makin tangguh makin banyak masalah serta perkara berbangkit tentang berita palsu yang menjejaskan masyarakat kerana keliru, sedangkan pada hari ini kita banyak bercakap soal ‘human civilisation’.

“Contohnya dalam Kementerian Pendidikan, Ketua Pengarah umum cuti sekolah dua hari di Selangor dan Wilayah Persekutuan disebabkan jerebu. Sebelah petang keluar satu surat lagi (palsu) kata cuti lanjut sehari lagi,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan bersempena Sambutan Hari Guru 2018 yang bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’’ di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim baru-baru ini dipetik berkata kerajaan sepatutnya tidak tergesa-gesa menggubal undang-undang bagi menangani berita palsu. — LAGI

Mahdzir berkata pada era digital dan zaman ledakan maklumat sekarang, penyebaran maklumat tidak benar merupakan antara cabaran yang perlu ditangani sebaiknya kerana ia memberi kesan yang besar kepada negara dan pemikiran masyarakat termasuk dalam bidang pendidikan.

“Jika sudah sampai mengganggu urusan rasmi, informasi ilmiah dan sebagainya… ini tidak boleh dibiarkan tanpa ada mekanisme yang boleh mengawal. Saya tidak rasa situasi keliru seperti ini baik untuk pembangunan minda dan sivik generasi seterusnya,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengingatkan semua pihak terutamanya pembangkang agar bijak membezakan antara zon pendidikan dan platform politik.

“Kalau nak menyanyi atau berkempen tentang sebarang isu sekalipun buatlah dalam lingkungan yang betul. Nyanyilah sekuatnya… tetapi jangan libatkan pelajar dan berada di tempat yang tidak sepatutnya untuk kepentingan parti,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir menyeru agar semua pihak tidak lupa menghayati dan menghargai peranan seorang guru yang bertanggungjawab mendidik modal insan serta memastikan kemenjadian murid.

“Sambutan hari guru pada kali ini kementerian mahu melihat ucapan terima kasih cikgu bukan hanya daripada murid sekolah, tetapi juga ibu bapa, komuniti dan pihak swasta. Kita juga galakkan penyertaan tanggungjawab sosial korporat dalam menghargai jasa warga pendidik,” katanya.- BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd