• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TV OKEY Teroka Industri Kreatif Sabah, Sarawak

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Saluran televisyen (tv) baharu Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV OKEY, dilihat mampu menjadi platform meneroka khazanah serta potensi industri kreatif di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini berikutan saluran tv baharu berkenaan akan memberi fokus kepada kandungan serta pengisian rancangan dari kedua-dua negeri berkenaan.

“Saya yakin dan percaya saluran tv baharu ini sudah tentu akan membuka ruang serta peluang kepada penggiat seni tempatan untuk menceburkan diri dalam industri kreatif.

“Ia juga akan mendedahkan kandungan kreatif tempatan kepada peringkat nasional dan juga peringkat antarabangsa,” katanya berucap pada majlis pelancaran saluran tv baharu itu di sini, malam ini.

Pelancaran saluran tv baharu berkenaan yang turut mencatat satu lagi lembaran baharu dalam pembangunan dan kemajuan sektor penyiaran negara itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri Kabinet negeri Sabah dan Sarawak.

Salleh berkata TV OKEY adalah landasan kukuh dalam usaha penyatuan dan kestabilan negara memandangkan terdapat pelbagai rancangan memaparkan warna-warna kehidupan harian, adat resam dan kepelbagaian gaya hidup masyarakat di Sabah dan Sarawak.

TV OKEY juga mampu menjadi lebuh raya media elektronik baharu dalam menyokong usaha kerajaan membudayakan perpaduan, toleransi, keharmonian dan nilai-nilai murni yang mengukuhkan lagi keakraban, semangat patriotik, cinta dan setia kepada negara, katanya.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, kandungan serta perisian saluran tv baharu itu direka dan dibina dengan begitu teliti, agar ia mampu mengambil kira selera dan cita rasa penonton.

“Ia juga dibentuk untuk disesuaikan dengan penyiaran TV digital yang akan dimulakan tidak lama lagi, apabila berlakunya peralihan daripada siaran analog kepada digital,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh berkata, pelancaran TV OKEY adalah tepat pada masanya kerana siaran digital akan membuka peluang lebih hebat lagi kepada penggiat industri kreatif menerbitkan kandungan bermutu dan sesuai dengan perubahan trend semasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan nama saluran tv itu dibuat kerana ia mudah disebut, diingati serta bersahaja, dan berharap ia akan dapat memberi peluang, ilmu dan pengalaman yang seluasnya kepada segenap lapisan masyarakat.

Saluran TV OKEY boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai peringkat umur menerusi platform MyTV 110 dan Astro 109. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd