• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Nafi Jalin Hubungan Sulit Bersama Daniels

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Rumah Putih membidas dakwaan dibuat pelakon porno, Stormy Daniels yang mendakwa menjalin hubungan sulit dengan Presiden Donald Trump dan berkata, tiada bukti kukuh boleh menyokong perkara itu.

Dalam reaksi buat pertama kali yang disiarkan pada waktu puncak dan ditonton lebih 21 juta rakyat, Rumah Putih turut mempersoalkan kredibiliti Daniels sambil mencabar beliau memberikan bukti sahih berhubung semua dakwaan itu.

Jurucakap Rumah Putih, Raj Shah berkata, Presiden secara konsisten, jelas dan tegas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hubungan sulit seperti yang didedahkan wanita berkenaan sebelum ini.

Trump selama ini tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai dakwaan berkenaan dan berulang-kali mengenepikan soalan wartawan berhubung isu itu yang telah melanda Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat ke-45 itu memuat naik tweet yang seolah-olah merujuk kepada dakwaan dibuat Daniels.

“Terlalu banyak berita palsu. Tidak pernah tepat. Tetapi secara keseluruhan, negara kita masih hebat,” kata Trump menerusi tweet itu.

Dalam satu wawancara bersama CBS malam Ahad lalu, pelakon berusia 39 tahun itu mendedahkan segala butiran mengenai hubungan sulit beliau bersama Trump, termasuk ugutan dan bayaran agar tidak mendedahkan perkara itu kepada umum. – AFP/BH ONLINE

Tags: pelakon porno
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilik Program Hamba Seks Wanita Didakwa

Next Post

Lelaki Gelandangan Tersepit Celah Bangunan

Related Posts

Pelakon Porno Saman Trump Sebar Fitnah

02/05/2018
0

NEW YORK - Aktres filem porno, Stormy Daniels semalam menyaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana menyebar fitnah. Daniels berkata...

Aktres Lucah Skandal Trump Kembali Berlakon

25/04/2018
0

STORMY Daniels, bintang filem lucah yang dikaitkan dengan Donald Trump, kini kembali berlakon dalam industri berkenaan sejak skandal itu didedahkan...

Next Post

Lelaki Gelandangan Tersepit Celah Bangunan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd