• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada ‘Kabel’ Dalam Agihan, Jualan Unit RUMAWIP

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan kononnya ada ‘kabel’ dalam urusan pengagihan dan penjualan unit-unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

Beliau berkata perbuatan itu tidak berlaku kerana semua urusan pengagihan dan penjualan unit RUMAWIP dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, dan bukannya pemaju atau ejen pemaju.

“Tidak ada orang tengah dalam urusan ini. Saya akan minta pegawai-pegawai saya siasat apa yang telah berlaku. Kalau Yang Berhormat tahu perkara sebenar, maklumkan kepada saya dan Insya-Allah, saya akan jawab.

“Jangan buruk sangka… percayalah, apa yang kita (kerajaan) lakukan ini adalah demi rakyat kerana kerajaan yang ada sekarang ini sayangkan rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kononnya ada ‘kabel’ dalam penjualan unit RUMAWIP yang berharga antara RM198,000 hingga RM300,000.

Semasa menjawab soalan asal Datuk Dr Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) mengenai jumlah unit RUMAWIP yang dijual, Tengku Adnan berkata sebanyak 15,742 unit daripada sejumlah 31,514 unit telah dijual. – BERNAMA

Tags: Rumawip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumawip Di Bawah Tanggungjawab KWP – Zuraida

28/03/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan bertangungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan mengenai pembinaan atau pembatalan projek Rumah Mampu Wilayah Persekutuan (Rumawip)....

Kerajaan Lulus 55,974 Unit Rumawip Setakat 31 Ogos – Khalid

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah 55,974 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) melibatkan 89 projek telah diluluskan setakat 31 Ogos,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd