• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Masuk Akal Hapus GST” – Ramlee Marahaban

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Cadangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka menang pilihan raya umum ke-14 disifatkan tidak masuk akal kerana cukai itu dilaksanakan untuk negara dan rakyat.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata penghapusan GST yang merupakan antara pengisian dasar fiskal negara akan menghasilkan lompang besar kerana cukai jualan dan perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum ini tidak efisien.

“(Jadi) GST sebenarnya cuma dimanipulasi oleh pihak pembangkang (untuk tujuan politik) sedangkan ia (GST) mempunyai sistem yang betul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan Enam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah, di sini hari ini.

Pemansuhan GST itu antara kandungan manifesto pembangkang yang dilancarkan pada 8 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya menyifatkan manifesto tersebut sebagai manifesto kitar semula yang hanya bertujuan memancing undi.

Merujuk kepada pengembalian status Sabah dan Sarawak berteraskan Perjanjian Malaysia 1963, beliau berkata perkara itu tidak timbul kerana status kedua-dua negeri berkenaan sudah terjamin di bawah kerajaan persekutuan.

Malah katanya jaminan hak yang diberikan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini lebih kukuh dan meyakinkan rakyat kedua-dua negeri.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar tidak terbuai dengan janji manis pembangkang menerusi manifesto berkenaan yang hanya satu bentuk penipuan. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramlee MarahabanGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd