• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tak Ketaq’ Hadapi Dr Mahathir – Mohd Johari

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau ‘tak ketaq’ atau gentar untuk menghadapi Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya bekas perdana menteri itu mahu bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya beliau amat mengenali Dr Mahathir kerana pernah menjadi setiausaha politiknya dan beliau melihat bekas perdana menteri itu hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Tak ketaq (hadapi Dr Mahathir), dahulu beliau kuat, nampak hebat kerana UMNO yang menyokong dan mengangkat beliau, yang kuat dan hebat itu adalah UMNO. Sekarang beliau sudah di seberang dengan parti lain (pembangkang) yang tiada rekod baik dan UMNO masih kuat dan hebat.

“Tanpa UMNO dan jasa pemimpin UMNO yang terdahulu, beliau biasa sahaja,” kata Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 147 veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini, hari ini.

Dr Mahathir merupakan Anggota Parlimen Kubang Pasu sejak PRU4 pada 1974 dan berkhidmat di kawasan itu sehingga 2004, apabila pada PRU11 pada tahun itu Mohd Johari menggantikan Dr Mahathir bertanding di kawasan itu dan mempertahankan kawasan itu pada PRU12 dan PRU13. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johari Baharum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengalaman Lalu Dekatkan ATM Di Hati Saya

30/03/2018
0

MUAR – Usaha menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dekat di hati Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd...

Pindah Kem Tentera Lama Dari Lokasi Tidak Sesuai

22/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd