• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sekatan Sawit, Kata Pesuruhjaya Dagangan EU

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Tidak ada sekatan terhadap minyak sawit, kata Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Cecilia Malmström.

“Belum ada lagi peraturan baharu. Malahan, import minyak sawit EU berkembang sebanyak 20 peratus tahun lepas,” katanya pada sidang akhbar selepas Perundingan Pesuruhjaya Perdagangan EU-Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-16, di sini, hari ini.

Malmström berkata apa yang dibincangkan di media dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan adalah satu frasa tertentu dalam pindaan undang-undang oleh Parlimen Eropah yang belum lagi dikuatkuasakan.

“Malahan, kami mengadakan perbincangan. Kami mengadakan perbincangan secara terbuka dengan rakan-rakan kami dari Malaysia dan Indonesia.

“Saya bertemu dengan menteri-menteri di sini dan saya memaklumkan perkembangan terkini kepada mereka tentang cadangan perundangan itu, dan ia bukan keputusan akhir oleh Parlimen Eropah,” kata Malmström, ketua delegasi EU di sini.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata beliau berpeluang bertemu dengan Malmström semalam dan membangkitkan isu cadangan EU itu untuk menghentikan secara berperingkat penggunaan minyak sawit dalam biofuel.

Mustapa berada di sini sempena menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-24 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.

“Seperti yang saya katakan, tiada larangan, tiada sekatan dan perdagangan minyak sawit berkembang. Sudah tentunya, kami bekerjasama memastikan kelestarian produk ini, bahagian ekonomi paling penting bagi Malaysia dan Indonesia.

“Kami akan berusaha berbuat demikian dan kami mempunyai projek penting yang kami sokong. Saya tahu kedua-dua negara itu sedang berusaha menangani isu ini,” kata Malmström.

Pada Januari, Parlimen Eropah mengundi memilih draf undang-undang bagi tenaga boleh diperbaharui yang mencadangkan penggunaan minyak sawit dalam biofuel dilarang bermula 2021.

Kesatuan itu memberi alasan bahawa penggunaan meluas komoditi tersebut akan menjejaskan matlamat Eropah untuk menghijaukan sektor pengangkutannya, sekiranya ia digunakan sebagai biodiesel.

Sebagai pengeksport minyak sawit utama dunia, kedua-dua Malaysia dan Indonesia akan menerima kesan daripada pelaksanaan langkah itu.

EU adalah pasaran eksport minyak sawit kedua terbesar bagi kedua-dua negara tersebut. – BERNAMA

Tags: minyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd