• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SYABAS Aktifkan PKS Bantu Pengguna Terjejas Gangguan

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) mengaktifkan sembilan lokasi Pusat Khidmat Setempat (PKS) berikutan gangguan bekalan air berjadual yang dijangka berlaku di sekitar Lembah Klang bermula esok.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad berkata PKS tersebut akan mula diaktifkan mulai esok seawal 8 pagi.

“Pihak kami telah bersiap-sedia dengan aset-aset dan bantuan sebanyak 79 lori tangki air dan 10 lori tangki air Jumbo bagi memberikan bantuan kepada pelanggan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya PKS yang akan beroperasi 24 jam itu juga akan dilengkapi dengan kaunter maklumat untuk membantu pengguna terjejas sepanjang gangguan berkenaan.

Terdahulu, SYABAS dalam satu lagi kenyataan berkata sebanyak 427 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) bermula esok.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Untuk senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, orang ramai boleh melayari laman web www.syabas.com.my.

Berikut adalah jangkaan waktu gangguan bekalan air mengikut wilayah:

Petaling: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Klang/Shah Alam: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 pagi (09/03/2018)

Gombak: 8 pagi (06/03/2018) hingga 12 tengah malam (08/03/2018)

Kuala Lumpur: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (08/03/2018)

Kuala Langat: 8 pagi (06/03/2018) hingga 3 petang (07/03/2018)

Hulu Selangor: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Sembilan lokasi PKS yang diaktifkan sepanjang gangguan bekalan air:

1. Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/71, Seksyen 27 Shah Alam

2. Perkarangan Masjid Sultan Abd Aziz, Persiaran Masjid Sultan, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah

3. Surau Al-Hidayah, Jalan Nagasari 36/9, Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam

4. USJ 4/5, USJ 4, Subang Jaya

5. Jalan 23, Taman Bukit Kuchai, Jalan Puchong

6. Jalan SS 19/2, Subang Jaya

7. KFC AEON Big Ampang

8. Jalan 23/56, AU3 Keramat

9. Berhampiran Rapid KL (LRT Taman Dagang), Jalan Dagang 1, Taman Dagang – BERNAMA

Tags: gangguan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Melanda 4 Negeri

Gangguan Air Pulau Pinang: Sekolah Boleh Laksana PdPR

05/01/2024
0

GEORGETOWN: Seluruh sekolah di Pulau Pinang dibenarkan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan gangguan bekalan air berjadual...

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Gangguan Air : Hulu Selangor, Kuala Selangor Sudah Pulih

11/10/2023
0

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd