• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Rasmi Kompleks Pentadbiran MDPT

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) yang baharu bernilai RM9.4 juta di sini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Dr. Mohd Nizar Zakaria.

MDPT yang ditubuhkan pada 1 Disember 1979 terletak di pekan Parit di sini sebelum berpindah ke Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, pada 23 September 1993.

Setelah hampir 20 tahun beroperasi di kompleks tersebut, MDPT telah membina bangunan sendiri di Seri Iskandar, dan telah berpindah pada 21 Oktober 2013 dengan kakitangannya kini seramai 115 orang.

Daripada kos RM9.4 bagi pembinaan kompleks baharu it RM5 juta adalah pinjaman daripada kerajaan negeri.

Bangunan dua tingkat itu mempunyai kemudahan seperti dewan mesyuarat yang boleh memuatkan 40 orang, surau, galeri, bilik mesyuarat dan perbincangan serta kaunter utama dan kaunter pandu lalu.

Sementara itu, Mohd Nizar berkata MDPT akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, berdaya saing dan dinamik kepada penduduk setempat.

“Seluruh warga MDPT berharap dengan peningkatan hasil yang berterusan selaras dengan pembangunan yang kian rancak, MDPT akan menjadi sebuah majlis perbandaran pada masa akan datang,” katanya. — BERNAMA

Tags: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap Sultan Perak

03/03/2020
0

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum bersedia untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan pentadbiran...

Sultan Nazrin Berkenan Lawat MAHA 2018

02/12/2018
0

SERDANG – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melawat pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd