• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Kedah Rasmi Masjid Tok Bandar Di Baling

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat merasmikan Masjid Tok Bandar di Mukim Pulai dekat sini yang kemudian diisytiharkan secara rasmi sebagai Masjid Sultan Sallehuddin.

Keberangkatan tiba baginda pada tengah hari disambut oleh Pegawai Daerah Baling Datuk Md Shuhaimie Abdul Rahman dan Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta barisan anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Sultan Sallehuddin seterusnya melafazkan titah perasmian dan menurunkan tandatangan pada plak perasmian pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 penduduk setempat itu.

Sementara itu, Md Shuhaimie dalam ucapannya berkata masjid tersebut siap dibina pada 2003.

Dibina di atas kawasan seluas 16 hektar dengan kos RM900,000, masjid itu mampu menampung 3,000 jemaah pada satu-satu masa dan memenuhi keperluan penduduk empat buah kampung di mukim berkenaan selain turut menyediakan sebuah pusat tahfiz.

Terdahulu, Sultan Sallehuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada orang kelainan upaya, masyarakat Orang Asli suku Kensiu di Ulu Legong serta pelajar tahfiz terpilih.

Hadir sama, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadhil Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid. – BERNAMA

Tags: Sultan Kedah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Tak Terlibat PRU14 Bebas Bercuti – KSN

Next Post

Manifesto Pembangkang Dicemari Sensasi

Related Posts

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

PRN: Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

25/06/2023
0

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Wisma Darul Aman, di sini hari ini bagi...

Sultan Kedah Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257

24/11/2021
0

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana...

Next Post

Manifesto Pembangkang Dicemari Sensasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd