• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Jiu Jitsu Antarabangsa, Remaja Malaysia Raih Emas

oleh
06/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Malaysia terus harum di persada antarabangsa apabila wakil negara, Adam Akasyah meraih pingat emas dalam kejohanan Jiu Jitsu Terbuka Musim Sejuk London 2018 pada Sabtu minggu lalu.

Pemain yang baru berusia 17 tahun itu dilaporkan berjaya mengalahkan Vasco Antonio Simoes De Souse Lobo dari Brazil pada perlawanan akhir di Crystal Palace, England.

Memetik laporan NST, Adam memberitahu, dia mula gemar sukan ini setelah diperkenalkan oleh ibu bapanya sebelum menajanya menyertai pertandingan berkenaan, bersama Hyperfly.

“Saya gembira memenangi perlawanan akhir ini dengan mengalahkan wakil Brazil, dalam sukan yang mereka cipta. Sepanjang masa, saya bersedia secara mental dan sentiasa fokus akan menang dalam kejohanan ini,” katanya pada NST.

“Pada mulanya, saya agak gugup kerana saya telah berehat panjang sebelum pertandingan ini. Tetapi ketika saya berdiri di atas gelanggang, saya berfikir positif kerana saya mempunyai pasukan yang baik membolehkan saya menentang persaing,” katanya lagi.

Kejayaan dalam temasya Terbuka Musim Sejuk London akan banyak membantu beliau untuk kejohanan London Grand Slam Abu Dhabi pada Ahad depan di Copper Box, Taman Olimpik.

Pingat emas dalam acara London ini adalah yang ketujuh buat dirinya. Ia adalah pingat emas kedua dimenangi di luar Malaysia selepas menang pada Kejohanan Copa De Bangkok 2015.

Manakala bagi kejohanan di Jepun dan Taiwan, Adam sekadar memenangi perak.

Ujar Adam, dia akan memberi fokus kepada Sukan Olimpik Musim Panas 2024, di mana jiu jitsu bakal menjadi acara rasmi.

Keluarga Adam meminati seni mempertahankan diri dan ibu bapanya yang selama ini memberi dorongan dan semangat dalam sukan yang disertai ini.

Ibunya, Haryati Yahya adalah Ketua Perhubungan Pelabur RHB Bank dan seorang lulusan seni silat, manakala dua adik-beradiknya juga mencuburi sukan bela diri. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: emasjiu jitsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

10/11/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang. Timbalan Menteri...

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

08/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September daripada paras semasa didorong oleh jangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd