• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Ziana Zain Bebas, Adik Datang Ikat Jamin

oleh
09/03/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUAMI kepada penyanyi bersuara lantang tanah air, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri bebas daripada tahanan reman selepas ditahan sejak 2 Mac lalu.

Memetik sumber, Armin dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 yang dibayar oleh adiknya pada petang Khamis.

Sekadar mengimbas semula, Armin didakwa atas tuduhan mencederakan anaknya dengan menggunakan rotan di Denai Alam sekitar jam 4  pagi pada 25 Februari lalu

Kemudiannya, bekas pramugara itu sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan yang sama dan berdepan dengan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan yang dikemukakan.

Timbalan Pendakwa Raya iaitu Megat Mahathir Megat Tharih Afendi meminda pertuduhan Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326.

Jika sabit kesalahan, Armin berdepan dengan dua kali ganda tempoh hukuman berbanding Seksyen 324 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan minta dibicarakan.

Sehubungan itu, mahkamah mengekalkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April depan untuk serahan dokumen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ziana Zain
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Manifesto PH Tiada Agenda Baharu

Next Post

Program Ziarah Kasih & Bantu UMNO Maran Capai Kejayaan

Related Posts

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

Jangan Beri Tekanan Pada Ziana – Erra Fazira

19/07/2018
0

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menasihatkan semua orang agar tidak memberi tekanan kepada rakan baiknya, Ziana Zain yang baru sahaja bercerai...

Next Post

Program Ziarah Kasih & Bantu UMNO Maran Capai Kejayaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd