• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Warisan Istimewa Dua Masjid London

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Dua masjid di sini menerima status khas sebagai pengiktirafan kepentingan seni bina dan sejarahnya, menunjukkan penghargaan kerajaan Britain terhadap warisan budaya masyarakat Islam di negara itu.

Masjid Pusat London ditadbir Pusat Kebudayaan Islam di Regent’s Park di tengah London dan Masjid Fazl di Southfields, disenaraikan sebagai bangunan Gred II oleh Jabatan Warisan Britain.

Status khas itu dianugerahkan hanya kepada 5.8 peratus daripada kira-kira 500,000 bangunan tersenarai di England kerana dianggap sebagai tapak penting.

“Melalui penyeraian masjid yang indah itu, kami bukan saja memelihara tempat ibadat tetapi juga meraikan kekayaan warisan masyarakat Islam di negara ini,” kata Menteri Warisan, Michael Ellis.

Dana untuk menubuhkan masjid di tengah London itu dimulakan pada 1910, namun lokasinya di Regent’s Park itu hanya dipilih pada 1940 sebelum siap dibina pada 1977.

Masjid Fazl adalah ibu pejabat komuniti Islam berfahaman Ahmadiah dan menjadi masjid pertama dibina di London yang dibuka pada 1926.

Menurut Jabatan Warisan Britain, ada kira-kira 1,500 masjid di negara itu.

Sementara itu, Masjid Shah Jahan yang dibina pada 1889 di Woking, barat daya London, dinaik taraf kepada Gred 1, setaraf dengan Istana Buckingham. – AFP/BH ONLINE

Tags: Londonmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd