• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Starbucks Diarahkan Letak Amaran Bahaya Barah

oleh
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASPADA… Bimbang risiko kesihatan jutaan pengguna, seorang hakim di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengarahkan syarikat kopi termasuk Starbucks meletakkan label amaran barah.

Ia wajib dipamerkan pada setiap produk kopi masing-masing yang dijual di wilayah California. Ini memandangkan bahan kimia Acrylamide dilaporkan boleh terhasil semasa biji-biji kopi tersebut dipanggang sebelum dikisar halus.

Tuntutan kes mahkamah itu sebenarnya sudah lama difailkan pada 2010 lalu oleh pihak Majlis bagi Pendidikan dan Penyelidikan Toksik (CERT). Material beracun Acrylamide boleh menyebabkan penyakit barah dalam tisu hidup.

Syarikat-syarikat kopi yang terlibat bagaimanapun berhujah di mahkamah bahawa pendedahan para pengguna terhadap bahan toksik berbahaya itu sepanjang hayat mereka adalah berada dalam tahap yang boleh diterima.

Namun, hakim berkenaan menjelaskan bahawa syarikat-syarikat kopi sebagai gagal untuk membuktikan tentang adanya “tahap yang dapat diterima” itu dan memberi masa sehingga 10 April ini untuk mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Agung California, Elihu Berle turut mengarahkan Persatuan Kopi Kebangsaan yang mewakili kepentingan 90 defendan dalam kes itu mengenai penalti berat jika terus ingkar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kopistarbucks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

McDonald’s, Starbucks Hentikan Perniagaan Di Russia

09/03/2022
0

LONDON : McDonald's Corp dan Starbucks Corp menghentikan sementara ratusan restoran di Russia, dengan Coca-Cola dan Pepsi turut muncul syarikat...

Starbucks Khas Golongan Pekak Dibuka Di AS

24/10/2018
0

WASHINGTON - Rebecca Witzofsky, 20, seorang penuntut Universiti Gallaudet di sini yang cacat pendengaran dan seorang rakannya, Nikolas Carapellatti mahu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd