• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM: Program BizFair Di Perak Meriah Habis

oleh AK-47
13/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM usaha membantu golongan usahawan dan peniaga yang ingin memulakan kerjaya mereka, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat julung kalinya menganjurkan program BizFair yang diadakan selama dua hari di Arena Batu Kurau, Perak.

Lebih daripada 1,000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk setempat tidak melepaskan peluang hadir seawal 9 pagi lagi bagi mengikuti program yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang aturcara majlis diadakan.

Tinjauan Mynewshub mendapati pelbagai booth menarik yang terdiri daripada agensi kerajaan seperti  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),  Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Bank Rakyat, dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah dipenuhi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai  perniagaan dan program yang ditawarkan.

Program yang digerakkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama kerajaan negeri itu disempurnakan oleh Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin kira-kira jam 3 petang tadi.

Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Hamzah berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukkan sebagai modal awal perniagaan untuk bakal usahawan yang mahu memulakan perniagaan.

Katanya menerusi program itu, SSM memberikan modal barangan dan perkakasan sebanyak RM3,000 kepada individu yang mahu memulakan perniagaan dan mereka akan dipilih menerusi satu sesi pemilihan khas berbentuk temu duga.

“Dengan adanya bantuan perniagaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Larut turut menzahirkan harapan agar mereka yang menerima bantuan perniagaan berbentuk barangan dan perkakasaan daripada kerajaan ini menjadikan sebagai batu loncatan dalam dunia keusahawanan.

Menerusi program BizzFair, pemohanan hanya perlu mengemukakan cadangan peniagaan yang ingin mereka usahakan dan mereka turut diminta untuk berkongsi aspirasi mereka untuk mengorak langkah lebih jauh dengan modal yang diberikan.

SSM turut menggariskan 10 industri yang boleh dipilih untuk diceburi oleh bakal usahawan, iaitu melibatkan perniagaan minuman, jurucakap majlis perkahwinan, khidmat menjahit, baik pulih rumah, gerai burger, pembuatan kuih muih, perusahaan perabot, fotografi, perusahaan kebun/dusun dan perusahaan bakeri.

Pada program ini juga, SSM menyumbang sebanyak 150 buah kerusi roda kepada golongan yang memerlukan dan mengagihkan zakar korporat kepada 500 golongan asnaf, fakir dan miskin, di mana setiap seorang akan menerima wang tunai berjumlah RM200.

Sementara itu lima buah sekolah agama menerima zakat berjumlah RM3000 bagi setiap sekolah dan dua buah surau turut menerima RM10,000 setiap satu.

Dua buah rumah yang berpenghunikan orang kurang upaya turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000 setiap satu menerusi program tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). – MYNEWSHUB.CC

Tags: BizFairDatuk Seri Hamzah ZainuddinKPDNKKSSM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terowong: Datuk Seri Dibebas Dengan Jaminan RM150,000

Next Post

2 Mangsa Keldai Dadah Dibawa Pulang Akhir Mac

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

Next Post

2 Mangsa Keldai Dadah Dibawa Pulang Akhir Mac

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd