• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sherry Enggan Panjang Isu Resepsi Fattah, Fazura

oleh
18/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Sherry Ibrahim tidak mahu memanjangkan isu mengenai tindakan perunding perkahwinan, Rekateemor yang mengaitkan namanya dengan perkahwinan pasangan, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Memetik mStar Online, Sherry memaklumkan bahawa perunding berkenaan telah menghubungi serta menjelaskan punca namanya dikaitkan dengan resepsi majlis pasangan itu pada 11 Mac lalu.

Menurut Sherry, meskipun pihak berkenaan mendakwa akaun Instagram tersebut digodam individu tidak bertanggungjawab namun dia mengakui masih tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan hal itu benar atau tidak.

“Pihak sana ada beri penjelasan kepada Sherry tentang akaun mereka digodam tapi secara peribadi tidak ada cara untuk saya mengesahkan kebenaran perkara itu. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya,” katanya.

Kata Sherry, siapapun yang menulis komen berkenaan dia secara terbuka mengambil pendekatan memaafkan tindakan pihak terbabit yang mana turut mencetuskan provokasi hingga menimbulkan perbalahan diantara pengikutnya dengan peminat Fattzura.

“Faktanya siapa pun yang menulis komen di akaun Instagram Sherry tempoh hari telah menimbulkan provokasi di antara pihak Sherry dan pengikut di pihak sebelah sana.

“Dengan hati terbuka saya memaafkan pihak yang mencetuskan perkara tersebut dan juga pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak,” ujar Sherry.

Baca: Reka Teemor Kena ‘Hack’, Sherry Marah Disindir

Terdahulu, Sherry dikatakan berang apabila perunding berkenaan bertanya sama ada dia sudah melihat majlis perkahwinan Fazura dan Fattah menerusi komen tersebut.

Komen tersebut secara tidak langsung telah menaikkan kemarahan banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang rapat dengan Sherry sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: sherry ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nasib Rohingya Bukan Lagi Isu Domestik – PM

Next Post

Aspek Baharu KBAT Dalam UPSR Diumum Hujung Tahun

Related Posts

Ujian Bulan Ramadan, Sherry Gagah Teruskan Bisnes

27/05/2018
0

KEDATANGAN bulan Ramadan tahun ini benar-benar memberi ujian kepada pelakon Sherry Ibrahim apabila pada mulanya pejabatnya telah dimasuki pencuri dan...

Sherry Belum Mahu Dedah Kekasih Kepada Umum

16/04/2018
0

BIARPUN ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang bertakhta di hatinya, pelakon dan usahawan terkenal, Sherry Ibrahim mennyifatkan bahawa dia...

Next Post

Aspek Baharu KBAT Dalam UPSR Diumum Hujung Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd