• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, Empat Cedera Dihempap Rangka Kilang

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pembinaan warga Indonesia maut manakala empat lagi cedera dipercayai dihempap struktur kerangka besi kilang yang sedang dalam pembinaan di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung, Rawang hari ini.

Mangsa yang cedera merupakan seorang warga Indonesia dan dua warga Bangladesh manakala seorang lagi mangsa belum dapat dipastikan kewarganegaraannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10 pagi tadi.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.28 pagi dan mengerahkan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa dipercayai dihempap struktur kerangka besi dari tingkat tiga bangunan yang sedang dalam pembinaan ketika mereka sedang berehat di bahagian bawah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Lim berkata lelaki yang maut berusia 18 tahun ditemukan di bawah rangka besi binaan manakala empat mangsa dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun, mengalami cedera ringan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah bangunan dalam pembinaan untuk pengeluaran barangan automotif.

“Punca kejadian masih dalam siasatan polis dan jurutera Majlis Daerah Hulu Selangor,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Zuber, 20-an, berkata angin kuat sewaktu kejadian mungkin menjadi punca kerangka besi itu tumbang.

“Mereka tidak sempat selamatkan diri kerana tidak perasan tiang besi itu bergerak sebelum jatuh terkena mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi pekerja yang dikenali sebagai Mausm, 29, berkata ketika kejadian kebanyakan pekerja sedang bersarapan di kantin tapak pembinaan itu.

“Penjual makanan di kantin terus menghubungi ambulans…nasib baik ramai ada di kantin, kalau tidak mesti lagi ramai yang cedera,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati pihak pengurusan projek sedang meninjau kawasan itu dan media dilarang menghampiri kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat atau merakam gambar. – BERNAMA

Tags: dihempap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Operasi

Dua Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Operasi

11/07/2022
0

GERIK – Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini semalam....

Lelaki Maut Dihempap Forklift

02/11/2019
0

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut akibat dihempap forklift yang dipandunya dalam kejadian di sebuah kilang di Bestari Jaya, kelmarin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd