• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor, P.Pinang Naik Cukai ‘Tampung’ PKR, DAP?

oleh AK-47
04/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenaikan cukai hartanah secara mendadak di Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah untuk menampung perbelanjaan ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut, menurut Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil.

Isham berkata mengikut data kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat peningkatan kes rasuah di Selangor dan Pulau Pinang sejak 10 tahun kebelakangan ini susulan peningkatan mendadak hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan negeri.

“Akibatnya rakyat ditekan untuk bayar cukai hartanah serta harga rumah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang akibat kautan cukai negeri yang tinggi ini,” katanya dalam temu bual dengan sebuah portal berita.

Tambahnya lagi, apabila kerajaan kedua-dua negeri itu menaikkan cukai hartanah dengan mendadak, mereka juga telah menaikkan gaji dan elaun mereka sendiri sehingga gaji menteri besar (MB) Selangor kini lebih tinggi daripada gaji perdana menteri.

“Saya rasa gaji MB Selangor perlu diturunkan sekurang-kurangnya sehingga masalah-masalah asas diselesaikan,” katanya sambil memberikan contoh masalah air, sampah sarap dan perumahan mampu milik.

“Elaun penjawat awam di Selangor mungkin boleh dinaikkan namun gaji MB perlu diturunkan ke paras yang lebih munasabah. Kita mahu (mereka) berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk kayakan diri sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendapatan Eksport Sawit Cecah RM78 Bilion Tahun Lepas

Next Post

Padah Cedera Bekas Suami Kekasih Guna Pengunci Stereng

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Padah Cedera Bekas Suami Kekasih Guna Pengunci Stereng

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd