• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Kekal Di Segamat, Kata Dr. Subramaniam

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan mempertahankan kerusi Parlimen Segamat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Mengakhiri spekulasi sejak berbulan lalu, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata tiada sebab untuk beliau berpindah ke kawasan lain memandangkan peluangnya kelihatan cerah dan positif bersandarkan kerja yang baik dilakukan kerajaan di situ sejak lima tahun lalu.

Disifatkan sebagai kerusi panas bagi kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk memikat lebih 47,000 pengundi, Dr Subramaniam berkata ramai yang berpendapat sukar untuk beliau mempertahankan kerusi yang dimenanginya buat pertama kali pada 2004 itu disebabkan demografik pengundinya iaitu 46 peratus kaum Cina, Melayu 44 peratus dan India 10 peratus.

“Walaupun digembar-gemburkan Johor sebagai negeri barisan depan Pakatan Harapan pada PRU dan ramai yang menganggap presiden parti akan berpindah ke kerusi selamat, saya tidak akan berbuat demikian.

“Kenapa saya mesti buat begitu dan bagaimana saya boleh tinggalkan kawasan yang saya curahkan khidmat bakti selama ini. Keduanya saya tidak mahu lari daripada cabaran. Ini tidak elok. Justeru saya putuskan untuk kekal di sini dan mendepani cabaran,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini baru-baru ini.

Pada PRU 2013, wakil rakyat berusia 64 tahun itu mengetepikan cabaran calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Chua Jui Meng dengan majoriti 1,217 undi untuk mempertahankan Segamat.

Sebelum ini dilaporkan Dr Subramaniam akan meninggalkan kerusi Parlimen Segamat dan mencuba nasib di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang dianggap lebih selamat dan kini disandang oleh Datuk P. Kamalanathan.

Menafikan dakwaan itu, Dr Subramaniam berkata: “ Cabaran boleh jadi senang atau susah. Ini sebahagian daripada proses politik dan keputusan saya adalah tegas. Saya pasti ia tidak akan mudah namun saya sudah putuskan untuk menghadapinya. Segamat medan perang saya.

“Harapan saya untuk menang adalah berdasarkan apa yang telah saya lakukan di kawasan ini dan penerimaan masyarakat terhadap saya adalah positif. Saya yakin saya akan berjaya pada pilihan raya nanti,” katanya, menambah beliau melawat kawasannya dua hingga tiga hari dalam seminggu sekalipun mempunyai jadual yang sibuk.

Berdasarkan rekod perkhidmatannya kepada penduduk Segamat, Dr Subramaniam yang memainkan peranan penting dalam penggubalan rangka tindakan kebangsaan untuk kaum India di Malaysia yang dimulakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yakin dapat mempertahankan kerusi itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anjing Pun Nak Merasa Makan McDonald’s Juga…

Next Post

Mimi Fly Dedah Alami Murung Teruk Lepas Cerai

Related Posts

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

21/05/2025
0

Kuala Lumpur: Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan bermula 23 hingga 28...

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

21/05/2025
0

Kuantan: Mudah sangat ditipu apabila seorang kerani sanggup menyerahkan wang berjumlah RM649,150 selepas dipelawa menyertai pelaburan tidak wujud melalui media...

Next Post

Mimi Fly Dedah Alami Murung Teruk Lepas Cerai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd