• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambut Baik Tapisan Rapi Calon BN Untuk PRU14

oleh Ahmad Albab
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau amat bersetuju dengan langkah yang diambil pucuk pimpinan parti bagi memastikan calon BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan calon yang bersih daripada isu-isu yang boleh mencemarkan nama calon dan parti.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata kriteria ini perlu diambil oleh setiap bahagian dan negeri untuk memastikan seseorang yang dicalonkan untuk disenarai pendek dan dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti, biarlah calon yang tidak mendatangkan masalah kepada parti.

“Seperti mana yang diberitahu bahawa mereka yang dicalonkan mewakili parti akan ditapis dan akan diselidik latar belakang mereka dengan begitu rapi sekali. Langkah ini bagi memastikan calon ini dapat memberi kelebihan kepada parti dan bukan merupakan calon yang mendatangkan masalah dan kita terpaksa pula menepis isu-isu yang bakal digunakan oleh pihak lawan.

“Jika kita membawa calon yang mempunyai masalah dan yang mempunyai latar belakang yang boleh dipergunakan oleh pihak lawan untuk menjatuhkan kita, itu satu langkah yang tidak baik,” katanya kepada pemberita di sin ihari ini.

Sementara itu, katanya, BN negeri menyasarkan untuk menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada PRU13 lalu.

“Ini kerana kita (BN) hendak supaya kita mendapat 2/3, bahkan lebih daripada itu. Maka kita telah menyasarkan untuk mendapatkan lagi lima kerusi DUN daripada apa yang kita ada sekarang iaitu 22 DUN. Kita juga fokus untuk menambah kemenangan dua lagi kerusi Parlimen iaitu Teluk Kemang dan Seremban dan dalam masa yang sama mengekalkan lima kerusi Parlimen yang kita menang pada PRU13.

“… Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai hasrat tersebut. Kita sudah merancang dan bersedia untuk menghadapinya. Kita hendak pastikan supaya kerajaan BN yang bakal kita tubuhkan selepas PRU14 merupakan kerajaan yang mantap dan mempunyai suara majoriti,” tegas beliau.

Melalui mandat lebih daripada 2/3, banyak dasar pembangunan dan pemodenan Negeri Sembilan 30 tahun (2015-2045) akan dapat dilaksanakan dengan cara terbaik, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekalan Air Dijangka Pulih Bermula 6 Petang Esok

Next Post

Super Duper Talent! Idayu Tiru 30 Suara Artis Terkenal

Related Posts

Lebih 2,600 Insiden Siber Dilapor

Lebih 2,600 Insiden Siber Dilapor

24/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,674 insiden siber dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), NACSA setakat Oktober tahun ini....

Mohamad Puji Parti Kempen Secara Sihat Di Negeri Sembilan

Mohamad Puji Parti Kempen Secara Sihat Di Negeri Sembilan

12/08/2023
0

REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memuji parti yang bertanding sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Next Post

Super Duper Talent! Idayu Tiru 30 Suara Artis Terkenal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd