• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Makan Ubat, Ginjal Nassier Wahab Hampir Rosak

oleh
10/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA pengambilan ubat yang tidak sesuai, penyanyi versatil, Datuk Nassier Wahab mendedahkan bahawa beliau pernah mengalami penyakit ginjal sehingga ia hampir-hampir rosak.

Menurut penyanyi berusia 56 tahun itu, beliau bernasib baik kerana ia hanya berlaku pada sebelah buah pinggangnya sahaja dan doktor dapat mengesan masalah tersebut pada peringkat awal.

“Sebelum ini saya ada masalah sebelah buah pinggan hampir rosak disebabkan makan ubat yang tidak sesuai.

“Nasib baik doktor kesan awal dan dapat dirawat segera. Alhamdulillah buah pinggang saya semakin baik selepas menjalani rawatan sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya dipetik mStar Online, hari ini.

Ekoran daripada itu, Nassier Wahab berkata kini lebih kerap melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan tiada lagi sebarang masalah lain.

“Bagi saya kesihatan itu sangat penting lagi-lagi bila umur sudah mencecah 50 tahun ke atas. Kena buat pemeriksaan darah supaya kita dapat tahu apa yang perlu kita jaga,” ujar Nassier.

Dalam perkembangan lain Nassier dikatakan bakal muncul dengan album baru bertajuk Dunia Cinta yang menampilkan empat buah lagu sentuhan kreatif daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka.

Nassier turut memaklumkan pembikinan album berkenaan telah dirancang sejak dua tahun lalu namun tidak disiapkan atas sebab kesibukannya memenuhi undangan persembahan selain tidak mendapat lagu yang sesuai.

“Akhirnya saya berpeluang mendapat lagu daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka dan kesemua lagu serta muzik video dirakam di Bandung pada 26 November hingga 2 Disember tahun lalu,” katanya.

Difahamkan selain empat buah lagu ciptaan Syahrul Elmoka yang bertajuk Tentang Cinta, Cemburu, Sajak Cinta dan Dunia Cinta, album berkenaan turut merakam semula lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Nassier Wahab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Nassier Wahab Selamat Dikebumikan

05/12/2019
0

JENAZAH Allahyarham Datuk Nassier Wahab, 57, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah, di Klang, 11.30 pagi ini. Terdahulu,...

Permaisuri Agong Turut Berduka Pemergian Nassier Wahab

05/12/2019
0

HARI ini peminat penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab berduka setelah menerima berita kematian penyanyi kesayangan mereka. Tidak terkecuali, Raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd