• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Keretapi Rentas Sempadan Dilulus Singapura

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Rang Undang-Undang Keretapi Rentas Sempadan telah diluluskan di Parlimen Singapura hari ini dalam bacaan ketiga, lapor Channel NewsAsia.

Laporan itu berkata, rang undang-undang itu akan mengawal selia dua rel kereta api Singapura yang akan dibina, iaitu Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dijangka memulakan perkhidmatan penumpang pada 2026 dan Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar di Johor Bahru, yang dijangka beroperasi pada 2024.

Ia juga menyediakan rangka kerja pengawalseliaan untuk memastikan operasi keretapi rentas sempadan yang selamat dan terjamin, termasuk pelesenan pengendali untuk menjalankan perkhidmatan kereta api dan menyelenggara aset kereta api, kata laporan itu.

Portal berita tersebut melaporkan bahawa rang undang-undang itu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Terpilih untuk bacaan kedua pada November tahun lepas.

Semasa bacaan ketiga rang undang-undang itu hari ini, Menteri Pengangkutan Kedua, Ng Chee Meng dilaporkan berkata, Jawatankuasa Terpilih menerima lima representasi bertulis.

Ia mengandungi pertanyaan dan maklum balas berkaitan dengan peruntukan rang undang-undang tersebut.

Untuk menyokong daya maju komersil kedua-dua projek, jawatankuasa berkenaan mencadangkan pindaan kepada dua klausa dalam rang undang-undang yang “akan membenarkan pemindahan atau penyerahan kontrak dengan kelulusan Menteri Pengangkutan”.

“Ia mencetuskan keseimbangan antara pengawasan kerajaan dan daya maju komersial,” kata Ng yang dipetik sebagai berkata.

Hasrat asal kedua-dua klausa ini adalah untuk mengelak pengendali aset kereta api dan pengendali kereta api merentas sempadan daripada memindah atau menyerahkan kontrak mereka kepada pihak lain yang tidak dilantik, katanya.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklum balas industri serta reprentasi bertulis yang diterima, kami menyatakan bahawa kalusa tersebut dapat menghalang pembiaya swasta dari pemberian pinjaman kepada Syarikat Aset Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura, atau AssetsCo, yang mana tender itu sedang dilaksana. Ini kerana aliran tunai masa hadapan di bawah kontrak AssetsCo tidak boleh digunakan sebagai cagaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rang Undang-Undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Ditangguh, 10 RUU Lulus

17/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas 29 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 melabuhkan tirai hari ini dengan 10 rang...

RUU Langkah Sementara COVID-19 Dibentang Kali Kedua

18/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) yang dinamakan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus (COVID19) 2020) dibentangkan di Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd