• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runding Semula TPP Dengan AS Bukan Satu Pilihan

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Sebarang langkah untuk merunding semula perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan Amerika Syarikat (AS) akan memerlukan 11 negara lain berkompromi dengan beberapa isu dan akan mengambil masa yang lama, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Merunding semula sudah pasti bukan satu pilihan. Jika kita berbuat demikian, ia akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita mencapai persetujuan,” katanya ketika ditemui di luar Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-24 dan Mesyuarat Berkaitan di sini hari ini.

Pada 27 Feb, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin, dilaporkan berkata negara sedang berbincang untuk menyertai semula perjanjian perdagangan pelbagai hala itu.

Mnuchin berkata merunding semula perjanjian perdagangan itu merupakan satu pilihan dan beliau telah mengadakan perbincangan dengan negara-negara lain tentang bagaimana AS meneliti semula tindakannya.

Presiden AS Donald Trump menarik diri daripada TPP pada Januari 2017, menyatakan ia merupakan perjanjian yang tidak memberi faedah kepada negara tersebut, menyebabkan 11 negara lain melakukan rundingan semula di peringkat masing-masing.

TPP yang dianggotai 11 negara kemudian mencapai persetujuan yang dikenali sebagai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang dijangka ditandatangani pada 8 Mac di Chile.

“TPP yang dianggotai 12 negara sebelum ini mengambil masa bertahun-tahun untuk berunding dan hanya pada Oktober 2015 kami memuktamadkan rundingan,” kata Mustapa.

“Jika tanya saya, kita telah mencatat kemajuan yang ketara…Kita telah menghabiskan banyak masa untuk merundingkan perjanjian (baharu). Kita telah mencapai perjanjian yang seimbang – hasil yang seimbang. Sebaik sahaja kita patah balik, imbangan kos dan faedah akan berubah,” katanya.

Pada bulan lepas di Davos, Trump memberi isyarat mengenai kesediaan beliau untuk membuka semula perbincangan perdagangan jika AS boleh mendapat perjanjian yang lebih baik.

Katanya beliau bersedia untuk berunding semula dengan 11 negara TPP “secara berasingan, atau mungkin sebagai kumpulan, jika ia untuk kepentingan semua.”

11 negara anggota TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Mustapa mengumumkan Ketua Perunding Datuk Seri J. Jayasiri, yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, akan mewakili Malaysia pada pemeteraian CPTPP di Santiago. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd