• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ROS Beri Tempoh 30 Hari Kepada PPBM!

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diberi tempoh 30 hari bagi menjawab Notis Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 yang dikemukakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kepada parti itu atau pendaftarannya terpaksa dibubarkan.

Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Surayati Ibrahim berkata, Notis berkuatkuasa 28 Februari tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM dan PPBM dikehendaki menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan dokumen seperti yang dinyatakan dalam Notis tersebut kepada ROS.

“Sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana Notis yang telah dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan tersebut, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Surayati berkata, Notis Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS kepada sesebuah pertubuhan untuk mengemukakan Minit-minit Mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Pusat serta perihal penyata kewangan.

Menurut beliau, Notis itu dikeluarkan disebabkan aduan yang dikemukakan oleh ahli PPBM kepada pihak ROS yang mana maklumat tersebut diperlukan bagi melengkapkan siasatan jabatan itu terhadap aduan berkenaan.

Jelas beliau, Notis mengikut Sekyen 14 (2) yang dikeluarkan itu juga adalah suatu Notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan.

“Walaupun keperluan minima menurut Seksyen 14 (3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari untuk PPBM memberikan maklum balas, namun ROS telah memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari.

“Ia bagi memudahkan PPBM memberikan maklum balas dengan menyertakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PPBMROSSurayati Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

K’jaan Sudah Laksanakan Jaminan Keselamatan Makanan

Next Post

Masjid Adalah Pusat Perpaduan Umat Islam

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

Next Post

Masjid Adalah Pusat Perpaduan Umat Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd