• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Beri Sebab Jadi Pemain Terbaik Dunia

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CRISTIANO Ronaldo menegaskan dia adalah pemain terbaik dunia kerana berjaya membuktikan kemampuan dirinya “tahun demi tahun” bersama Real Madrid dan Portugal.

Bercakap selepas memenangi anugerah Pemain Terbaik Portugal 2017 dan menyandang gelaran Ballon d’Or kelima seperti Lionel Messi, Ronaldo tekad ingin berjaya demi anak-anaknya.

Bintang berusia 33 tahun itu menjaringkan 42 gol dalam 46 perlawanan pada 2016 dan 2017 sekaligus membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.

Setakat ini Ronaldo telah menjaringkan 37 gol dalam 35 perlawanan bagi membantu Los Blancos menjangkau suku akhir Liga Juara-Juara dan akan berdepan dengan Juventus bulan depan.

“Saya berterima kasih kepada semua yang berada di sini di atas anugerah yang diterima, ia juga anugerah untuk semua rakan-rakan saya.

“2017 adalah tahun yang sangat baik, ia tidak dapat dilupakan.

“Saya juga memenangi Ballon d’Or yang kelima dan anugerah Pemain Terbaik yang kedua. Saya juga mendedikasikannya kepada empat anak saya.

“Ia juga suatu rekod lain, dapat tiga anak dalam tempoh tiga bulan.

“Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada kerana darah Portugis yang mengalir ketika berjuang.

“Saya sentiasa percaya dan mengatakan bahawa saya adalah yang terbaik. Tidak kira apa sahaja yang mereka katakan, saya akan menunjukkannya di atas padang,” katanya yang mengenepikan pemain Rui Patricio dari Sporting Lisbon dan Bernardo Silva, Manchester City. – Eurosport/mStar Online

Tags: Cristiano RonaldoReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd