• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rita Tidak Campur Konflik Rumah Tangga Intan, Izreen

oleh
20/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA pelakon, Rita Rudaini menjadi bualan hangat di laman sosial semenjak foto memuat naik foto bersama madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh pada Khamis lalu.

Disebabkan itu juga, ramai netizen beranggapan Rita dan sahabat karibnya itu kini sedang bermusuhan antara satu sama lain.

Menyifatkan berita tersebar itu tidak benar,tuan empunya badan tampil menjelaskan perkara sebenar dan berharap agar segalanya terjawab selepas ini.

Menurut Rita, dia dan keluarga Intan memang saling mengenali satu dengan lain dan dimaklumkan bahawa pertemuan antara mereka sekadar bertanya tentang urusan mahkamah.

“Roza Saleh, kakak kepada Intan sebelum ini adalah pengurus artis sementara pelakon Nadia Mustafa adalah biras Liana. Seperti saya katakan sebelum ini saya mengenal mereka sejak awal pembabitan dalam bidang lakonan.

“Izreen juga kawan dan apabila rakan-rakan datang meminta pandangan dan juga khidmat nasihat sudah tentu saya cuba membantu apa yang termampu,” katanya dipetik Harian Metro.

Tegas Rita, dia enggan menyebelahi mahupun mencari gaduh dengan mana-mana pihak dalam konflik rumah tangga melibatkan Intan, Izreen dan suami mereka iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

“Niat baik saya di salah erti. Saya tidak mahu mencari musuh apatah lagi memburukkan mana-mana pihak. Masalah dihadapi oleh Intan, Ude dan Izreen hanya mereka saja yang tahu,” tegas Rita.

Tambah Rita, dia sememangnya tidak bermusuhan dengan Izreen dan mengakui bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan kepada sahabatnya itu jika dipinta.

“Cuma orang mungkin susah memahami kerana saya akan bersikap telus apabila memberi pandangan. Pendirian saya kalau perkara itu betul saya akui dan kalau salah saya cuba betulkan.

“Bagaimanapun bercakap mengenai perkongsian pandangan membabitkan masalah timbul ianya agak sukar andai kita tidak berada di tempat mereka, jadi terpulang kepada individu itu bagaimana hendak menerima apa juga pandangan yang saya kongsikan,” tambah Rita.

Jelas Rita lagi, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak kisah dengan segala tohmahan negatif yang diberikan masyarakat berhubung hal tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: intan liyanaizreen azmindaRita Rudaini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd