• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Maraton Leo Tan Di Tokyo Boleh Diiktiraf

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Catatan masa 2 jam, 25 minit dan 32 saat oleh atlet maraton negara, Leo Tan Huong Leong, pada perlumbaan Maraton Tokyo di Jepun, Ahad lalu, boleh diiktiraf sebagai rekod baharu kebangsaan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata mengikut peraturan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), atlet yang mencipta rekod dunia sahaja dalam kejohanan anjuran IAAF diwajibkan menjalani ujian doping.

“Ia (doping) dilakukan selepas perlumbaan sebagai syarat tambahan pengiktirafan sesuatu rekod dunia telah dipecahkan dalam kejohanan rasmi.

“Bagi sebarang catatan yang melibatkan rekod-rekod lain seperti rekod kebangsaan, negara anggota IAAF adalah tertakluk kepada prosedur negara masing-masing,” katanya dalam kenyataan, di siini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Leo Tan perlu mengemukakan surat berserta dengan dokumen atau catatan keputusan rasmi daripada pihak penganjur Maraton Tokyo kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk pengesahan.

Atlet veteran berusia 30 tahun itu dilaporkan memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 2:28:19s yang dicipta pada larian sama tahun lepas dengan catatan baharu 2:25:32s kali ini.

Selain itu, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017, Muhaizar Mohamed, turut mengatasi rekod Leo Tan sebelum ini (2:28:19s) dengan catatan masa 2:27:21s pada perlumbaan di Tokyo itu.

Ahmad Shapawi menegaskan bahawa pengiktirafan rekod kebangsaan adalah di bawah tanggungjawab KOM.

Beliau berkata permintaan Leo Tan untuk menjalani ujian doping (yang ditolak oleh pihak penganjur) selepas perlumbaan itu supaya catatan beliau diiktiraf sebagai rekod kebangsaan adalah wajar diberi pertimbangan oleh KOM.

Namun, beliau berkata jika mana-mana atlet yang mencatat sesuatu rekod kebangsaan terbukti menyalahi peraturan berkaitan dengan doping makacatatan rekod itu tetap akan dibatalkan.

Ahmad Shapawi berkata, Jawatankuasa Kerja MSN/KOM turut bersetuju untuk menyerapkan Leo Tan dan Muhaizar ke dalam Program Kita Juara, sebagai persediaan ke Sukan SEA 2019 di Filipina.

Tahun lepas, Leo Tan memecah rekod maraton kebangsaan berusia tujuh tahun iaitu 2:28:36s, milik Woo Chan Yew yang dilakukan di Montreal, Kanada, pada 5 sept 2010. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Shapawi Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kejayaan Atlet Angkat Berat Belum Cukup Yakinkan MSN

06/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Kejayaan atlet angkat berat meraih dua pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia,...

Jurulatih Pecut Negara Dimasukkan Ke HSA

26/12/2017
0

JOHOR BAHRU - Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, akibat jangkitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd