• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Dihukum Pancung, Kerajaan Indonesia Tak Tahu!

oleh Haris
20/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG tenaga kerja Indonesia (TKI) telah dihukum pancung di Arab Saudi pada Ahad selepas dia disabitkan bersalah atas kesalahan membunuh majikannya pada tahun 2004.

Berita hukuman ke atas lelaki berasal dari Pulau Madura, Jawa Timur, Indonesia itu disampaikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care yang bekerjasama bersama Kementerian Luar Indonesia.

Lebih menyedihkan, pihak kementerian negara itu langsung tidak dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi sebelum hukuman tersebut dijalankan ke atas lelaki berusia 53 tahun itu.

Tertuduh, Muhammad Zaini Misrin Arsyad, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, didakwa membunuh majikannya di kota Makkah pada tahun 2004.

Bagaimanapun, menurut NGO tersebut, Zaini pernah memberitahu mereka sebelum ini bahawa dia dipaksa mengaku melakukan perkara itu selepas digertak pihak berkuasa Arab Saudi.

Malah lebih malang, pihak mahkamah negara berkenaan juga tidak menyediakan jurubahasa mahir dan neutral yang membolehkan Zaini untuk membela diri ketika itu.

Menurut anak sulung Zaini, Syaiful Thoriq, dia ada berkomunikasi dengan bapanya sehari sebelum menerima hukuman melalui panggilan telefon dari dalam tahanan dan bapanya ada meninggalkan beberapa pesanan terakhir kepadanya.

Zaini berharap kedua-dua anaknya iaitu Syaiful dan Mustofa bekerja keras dan sentiasa memberi perhatian dan menjaga ibunya yang juga bekerja di Arab Saudi ketika ini.

“Abah juga berpesan agar menjaga dan memperhatikan ibu (Ny Naimah) sekiranya dia kembali ke Indonesia malah saya disuruh jaga adik dan rumah,” kata Syaiful dipetik Tribunnews.

Jelas Syaiful, sejak Zaini ditahan, dia sudah bertemu dengan bapanya itu sebanyak tiga kali pada tahun 2013, 2015 dan kali terakhir pada bulan Januari lalu.

“Abah terlihat sihat dan dia tidak pernah memberitahu saya mengenai tarikh dia akan menjalani hukuman itu,” tambahnya.

Zaini berhijrah ke Arab Saudi pada tahun 1992 atas keterdesakan ekonomi dan setelah beberapa tahun di sana, dia terpalit dengan kes bunuh majikannya itu, sebelum dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Warga Negara Indonesia, Lalu Muhammad Iqbal memberitahu pihaknya hanya mengetahui hukuman tersebut menerusi sumber tidak rasmi.

“Kami hanya mengetahuinya (hukuman) beberapa saat sebelum hukuman dijalankan dan serentak itu semua akses telah ditutup,” ujarnya.

Sebelum ini, difahamkan Preseiden Indonesia, Joko Widodo pernah dua kali menulis surat kepada raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud meminta kes berkenaan dibicarakan semula.

Malah, pihak kementerian Indonesia juga mengirim bukti baharu berkenaan kes tersebut kepada Mahkamah Tinggi Riyadh namun tidak diendahkan.

Selain Zaini, dua lagi warga Indonesia iaitu Tuty Tursilawati dan Eti Toyib juga sedang menunggu hukuman mati di negara berkenaan setelah disabit bersalah membunuh majikan masing-masing pada 2010. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Arab SaudihukumanIndonesiapancung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Eksport Malaysia Ke Kazakhstan Naik RM62 Juta

Next Post

‘Datuk Seri’ DBKL Dijel, Denda Salah Guna Kedudukan

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

'Datuk Seri' DBKL Dijel, Denda Salah Guna Kedudukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd