• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Dadah ASEAN Dihukum Penjara Seumur Hidup

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Setelah bermaharaja sejak sekian lama, Xaysana Keopimpha, yang digelar “Raja Dadah ASEAN” oleh media dan pihak berkuasa Thailand, akhirnya menerima hukuman setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menyeludup 1.2 juta tablet “Methaphetamine” ke negara ini.

Mahkamah Jenayah yang mengumumkan keputusannya hari ini mendapati lelaki berumur 43 tahun itu bersalah terhadap tuduhan mengikut Akta Langkah Menghukum Pelaku Kesalahan Berkaitan Narkotik 1991 dan Akta Narkotik 1979.

Bagaimanapun, kata mahkamah itu, lelaki berkenaan terlepas daripada hukuman mati kerana dia mengaku melakukan kesalahan tersebut semasa penyiasatan polis.

“Mahkamah mendapati dia bersalah kerana menyeludup dadah ke Wilayah Kerajaan Thailand dan dengan itu menjatuhi hukuman mati terhadapnya, tetapi meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup,” kata mahkamah itu hari ini.

Mahkamah itu juga berkata pendakwa berjaya membuktikan bahawa telefon Xaysana digunakan bagi menghubungi beberapa peniaga dadah dalam rangkaian dadahnya yang meluas di Thailand dan Malaysia, yang kemudian diberkas pihak berkuasa.

Xaysana, kata mahkamah itu, pernah menghubungi Sinudeng Ma, yang juga dikenali sebagai Kamaruddin Awang, sebelum suspek berkenaan, yang memegang kerakyatan Malaysia dan Thailand, ditangkap polis negara jiran di Kelantan pada 2 Februari tahun lepas.

Penangkapan Sinudeng diumumkan melalui satu kenyataan oleh Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman ketika itu, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Lelaki Laos itu diwakili seorang peguam sepanjang prosiding mahkamah berkaitan kes tersebut.

Xaysana, yang menampilkan dirinya sebagai ahli perniagaan berjaya dan mendakwa bersahabat dengan ramai selebriti serta tokoh dalam masyarakat Thailand, ditangkap sekumpulan anggota polis lengkap bersenjata di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dalam kesibukan orang ramai pada Januari tahun lepas.

Tinjauan terhadap akaun media sosialnya menunjukkan raja dadah itu itu mengamalkan gaya hidup mewah dan antara lain memiliki beberapa supercar serta tinggal di rumah agam yang tersergam indah.

Xaysana dan dua rakannya juga menghadapi satu lagi pertuduhan berkaitan penyeludupan dadah dan mereka dijadual dibicarakan Julai ini. – BERNAMA

Tags: Raja DadahXaysana Keopimpha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Jejaki Penulis Artikel Dakwa PN Cuba Rasuah Agong

Aset ‘Raja Dadah’ Malaysia Yang Ditahan Di Laos Bernilai RM190 Juta

15/01/2024
0

KANGAR: Nilai aset seorang rakyat Malaysia digelar sebagai Raja Dadah yang ditahan di Laos pada 29 Disember lalu dianggarkan sekitar...

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos

12/01/2024
0

BANGKOK: Pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradisi ke atas 'Raja Dadah' warga Malaysia berusia 41 tahun yang ditahan di Laos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd