• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU: Ku Li Yakin BN Tawar Manifesto Terbaik

oleh AK-47
25/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) akan menawarkan manifesto terbaik kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tengku Razaleigh berkata selain itu, manifesto BN juga akan “berpijak di bumi nyata” dan tidak sebagaimana manifesto dijanjikan oleh pembangkang, yang dilancarkan pada 8 Mac lepas.

“Saya yakin segala janji yang akan terkandung dalam manifesto BN nanti akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah gagal dalam melaksanakan janji-janji yang dibuat sebelum ini.

“Banyak yang mengelirukan dalam manifesto pembangkang dan mereka membuat janji di luar kemampuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2 di sini, hari ini.

Justeru, beliau percaya manifesto BN akan diterima baik oleh rakyat, sekali gus membolehkan BN untuk kekal memerintah.

Mengenai kemungkinan calon BN bagi PRU14 diumumkan lebih awal, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata perkara tersebut hanya spekulasi semata-mata.

Beliau turut menyuarakan pandangan bahawa calon berpengalaman dan golongan muda wajar diketengahkan bagi memberi pilihan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka. BERNAMA

Tags: PRU14Tengku Razaleigh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd