• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek PBAPP Pastikan Tiada Catuan Air P.Pinang

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Projek pemasangan paip air dasar laut berkembar dari Butterworth ke George Town bernilai RM125 juta adalah bertujuan memastikan tiada catuan air di negeri ini dalam tempoh 10 tahun akan datang, demikian menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata projek dalam fasa tiga pakej oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu dijadual siap pada Disember 2020.

Menurutnya, pakej pertama merangkumi pemasangan paip dasar laut bersaiz 1,800mm sepanjang 900 meter di kawasan Macallum di bandar raya ini telah disiapkan dengan kos RM9.2 juta.

Beliau berkata PBAPP sedang menunggu kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memulakkan kerja bagi Pakej 2A dan 2B dengan unjuran kos berjumlah RM15.2 juta.

“Pakej 2A dan 2B melibatkan kerja pemasangan paip dasar laut bersaiz 1,800mm sepanjang 800 meter di Butterworth,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Pakej 1 di sini, hari ini.

Beliau berkata Pakej 3 bernilai RM100.6 juta terdiri daripada pemasangan 3.2km saluran paip berkembar dasar laut bersaiz 1,200mm dari Butterworth ke kawasan Macallum di bahagian pulau.

Beliau berkata tender terbuka bagi Pakej 3 akan dipanggil Mei ini.

Lim berkata selain mengelak catuan air, projek itu akan meningkatkan kapasiti PBAPP untuk menyalurkan air terawat yang lebih efisien dari Loji Rawatan Air Sungai Dua di Seberang Perai ke bahagian pulau bagi menangani permintaan air pada masa depan.

Selain itu, ia juga bagi menggantikan saluran paip berkembar dasar laut pertama yang dibina pada 1973, katanya.

Menurutnya, saluran paip berkembar dasar laut itu akan menyalurkan sehingga 315 juta liter air sehari (JLH) yang akan memanfaatkan 500,000 pengguna domestik dan perniagaan di kawasan Green Lane hingga ke daerah Barat Daya.

“Projek seperti ini juga telah membantu Pulau Pinang mencapai margin rizab air tertinggi di Malaysia pada tahun 2016 sebanyak 34.1 peratus yang membolehkan negeri ini berjaya tanpa mengenakan catuan air sejak 2008,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd