• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program JBD Bukti Kerajaan Komited Bantu Rakyat

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Pelancaran Progam Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan di Bandar Dara, Chini 3 di sini menjadi bukti kerajaan setiasa komited dan istiqamah dalam membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Seorang penduduk Felda Chini 3, Jaafar Ishak, 70, berkata, peluang membeli barangan keperluan harian pada harga yang murah sentiasa dinanti penduduk terutamanya di kawasan luar bandar.

“Bukan sahaja barangan dijual dengan harga yang murah, tetapi kualitinya juga lebih baik kerana barangan seperti sayur dijual terus oleh petani tanpa melalui orang tengah.

“Ramai peniaga membuat lelongan barangan pada harga murah, contoh pada hari ini tiga batang petola dijual RM2, selalunya dijual RM2 setiap satu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini.

Pelancaran program JBD tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Anggota Parlimen Pekan dan turut dihadiri lebih 10,000 penduduk dari kawasan sekitar.

Seorang penduduk Felda Chini 2, Abdul Hamid Wahab, 69, turut mengakui harga dan kualiti barangan yang dijual pada program itu jauh lebih baik berbanding di kedai biasa serta pasar malam.

“Saya harap program ini dapat diperluaskan serta diadakan lebih kerap di gugusan Felda Chini bagi memudahkan kami masyarakat di luar bandar,” katanya.

Sementara itu bagi Maznon Jaafar, 65, dari Felda Chini 3 berkata pasar tani FAMA sentiasa menjadi pilihan kerana pihak pengurusan telah meletakkan peraturan yang perlu diikuti peniaga yang menyertai pasar tani.

Menurutnya, ruang yang diberikan oleh FAMA sentiasa digunakan sebaik mungkin oleh peniaga dan pengunjung.

“Saya berharap usaha memasarkan pelbagai produk tempatan melalui pasar tani FAMA diteruskan kerana banyak produk industri kecil dan sederhana memerlukan platform untuk memasarkan kesemua barangan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Progam Jimat Belanja DapurRakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd